Assalamualaikum.
Ini cerita dah lapuk sebenarnya, tapi nak juga diupdate di blog ini. Sebelum ini, saya sukar nak mendapatkan buku cerita kanak-kanak untuk Ammar, sebabnya kesemua buku-buku cerita yang saya jumpa adalah di dalam bahasa Perancis.
Puas mencari ke hulu ke hilir. Akhirnya saya dapat idea untuk mencuba nasib di Amazon.fr. Dan rupa-rupanya ada banyak pilihan buku cerita kanak-kanak dalam bahasa Inggeris. Apalagi, saya terus pilih buku2 yang berkenan di hati dan buat pembayaran menggunakan air liur kad kredit Cik Abang.
Beberapa hari lepas buat pembayaran, buku yang dibeli pun sampai. Ammar ‘excited’ nak tengok bungkusan khas untuk dia ni.



Buat permulaan ni, saya beli lima buah buku untuk Ammar. Tiga buku Dr. Seuss’s, dan dua buku Richard Scarry’s. Yang buku Richard tu simpan dulu sebab buku tu guna kertas biasa je. Sekali Ammar tarik nanti, terus koyak je plak. Huhu.
- The Foot Book – Buku ini pasal perkataan berlawan. Left-right, big-small, etc. Saya simpan buku ini dalam beg Ammar. So bila pergi mana2, buku ini memang sentiasa ada je.
- Mr. Brown Can Moo, Can you? – Buku pasal bunyi. Tiap kali saya bacakan Ammar buku ni, dia pun akan buat bunyi sekali. Tapi bunyi2 tu hanya dia saja yang dapat mentafsirkannya. Hehe.
- There’s a Wocket in My Pocket! – Buku ni plak pasal rhymes. Ayat last sekali “But the Zillow on my pillow, always make me fall asleep”. Dan memang tiap kali habis je baca buku ini, saya akan rasa mengantuk. Haru!!
- Bedtime Stories
- A Day at the Airport

Alhamdulillah buat setakatni Ammar menunjukkan minat kat buku2 dia ni. Bila Ammar macam resah2 je, saya akan bacakan buku ini untuk dia, dan dia pun diam. Khusyuk baca buku sekali.
Harapnya Ammar akan membesar menjadi seorang anak yang rajin membaca. Minat membaca ni kena ditanam dari kecil. Kalau dari kecil anak2 asyik disogok dengan mainan je, jangan nak marah2 anak pula bila dah besar nanti dia tak mahu pegang buku.
p/s: Saya tengah mengorek balik memori lama pengalaman kena denda di sekolah, sebab nak join contest yang dianjurkan oleh Titan.
Google+Related posts:












{ 16 comments… read them below or add one }
bagus,,,kecik-kecik dah dibiasakan dengan buku,,,
hatiputera recently posted..Manchester United VS Arsenal
bagus…kecil2 dah minat buku

kimmie recently posted..Masanya sudah tiba
kena tanamkan minat membaca tu dari kecil lagi..
Bardboo recently posted..Wordless Wednesday #05: Hadiah Paling Mahal
Anak kecil suka buku yang mempunyai warna terang kerana ia akan merangsang minda sebab itu kalau permainan kanak-kanak semuanya warna terang-terang.
akubiomed recently posted..Gambar statik yang senyum
terutamanya kalau warna merah kan.. =)
Bardboo recently posted..Blog Wardina Saffiyah
Macam basikal anak saya baby Aslah berwarna Merah dan Koning yang terang.
gebunya ammar ..geram je tengok
kalau guna flash card ok jugak kot.. kalau ada ipad banyak apps yg ada flash card.
semoga ammar menjadi anak yg soleh
ciksembang recently posted..Kepuasan Belajar Naikkan Alexa Ranking
saya memang ada plan nak ajar ammar baca dengan menggunakan flash card..cuma belum mula lagi..
Bardboo recently posted..Blog Wardina Saffiyah
Ammar.. baca buku rajin2 tau.. nanti cepat pandai.. adoiii..tiap kali entry yg ada pic ammar ni, mesti rasa geram… mai hantaq sini sat.. nak gomol bagi puas.. hehehehe…
zie fauzi recently posted..Anak Aset ke Syurga atau Neraka?
hihihi…sabar2..kalau camtu akak tak boleh tengoklah entri yang ada gambar yer..
Bardboo recently posted..Blog Wardina Saffiyah
haha..geram plak tengok pipi si ammar nih. grrr..
ramainya la yang geram dengan pipi si ammar ni yer..
Bardboo recently posted..Pengalaman Kena Denda di Sekolah
muka teruja dapat buku baru..hehe..comel je..geram nak cubit pipi ammar tu..
bagus2,, ajar anak2 suka baca buku..jangan manja sangat dengan mainan..macam paih ni, tak suka mainan sebab dari kecil tak pernah merasa mainan2 ni..(puji diri sendiri)..hehe
paihujey recently posted..Pandu Selamat Jiwa Selamat
kihkkih..memang puji habis ni..hehe..
Bardboo recently posted..Pengalaman Kena Denda di Sekolah
bagus juga ni…….
pintar juga yeee….