Home » Catatan di Perantauan » Memori di Perancis » Aktiviti Petik Epal | Sedapnya Epal Segar!

Aktiviti Petik Epal | Sedapnya Epal Segar!

posted in: Memori di Perancis | 15

Assalamualaikum.

Selamat berhujung minggu buat semua. Kali ni saya nak update sedikit cerita kami pergi petik buah epal petang tadi. Kalau sebelum ini dah ada pengalaman petik buah strawberry, kali ni nak petik buah epal pula. Yela, takkan la nak lepaskan peluang2 yang ada kan. Kalau kat Malaysia, kita petik buah2 lain. Kat sini plak, kita petik la buah2 yang ada di sini. Kalau tak memang beli yang dah siap ada di kedai sahajala.

Ladang epal yang kami pergi ni tak adalah jauh sangat dari rumah. Tapi keadaan cuaca tak berapa elok pula hari ni. Sampai2 je di sana dah hujan. Cuma hujannya tak adalah lebat sangat. Jadi masih boleh teruskan aktiviti memetik epal.

Jenis2 epal yang ada

Mula2 pemilik ladang epal (agaknya) bagi kami rasa jenis2 epal yang ada di ladang tu. Masa ni macam ayam dengan itik, sebab kami tak tahu cakap French, diorang pula tak tahu cakap English. Hah elok sangat la tu, hentam sahajalah labu! Hehe.

Ammar tak ada mood sebab kena kejut dari tidur

Tunggu punya tunggu, hujan tak berhenti turun pun. Jadi kami pun redah sahajalah pergi petik epal2 idaman hati. Saya dan Cik Abang cuma petik epal Marianne dan Golden je, sebab itu yang paling berkenan di hati.

Masam lagi muka si Ammar ni
Papa | Mama | Izz Ammar | Baby I.A

Sambil petik epal, sambil makan. Sedap betul epal segar ni. Memang terbaik dari ladang. Dan sambil petik epal juga, sambil ambil2 gambar buat kenangan. Nanti mesti akan rindu kenangan2 ini semua.

Suka dapat berlari bebas dan makan epal sendiri

Bila dah selesai aktiviti memetik, kami pun pergi timbang epal yang dipetik dan bayar. 1euro untuk sekilo. Dan kami punya dua kilo je. Malas nak ambil banyak2, sebab takut tak terhabis makan. InsyaAllah lepas2 ni kalau ada peluang, nak pergi petik buah anggur dan buah kiwi pula. ^_^

Bibir Ammar dah biru kesejukan

p/s: Balik dari petik epal, Ammar dapat luka di dahi. Boleh baca DI SINI.

15 Responses

  1. ajumohit
    | Reply

    Wahhh bestnya dapat petik epal, yup betul tu, mesti jadi kenangan manis nanti kan
    ajumohit recently posted..3 kebaikan berbasikal yang mungkin kita tak tahuMy Profile

  2. Hafizul
    | Reply

    wahhh bestnya dapat makan epal segar…emm nak satu..haha
    Hafizul recently posted..Antara Mak Cik Monopos & Anak DaraMy Profile

  3. Ramzi
    | Reply

    Baru dipetik dari kebun ni, pasti lebih segar ketimbang yang ada di supermarket dan pasar..
    Ramzi recently posted..Cara Membuat / Memasang Menu Navigasi Breadcrumbs Terindex GoogleMy Profile

  4. shraqs
    | Reply

    Mesti best la. Terbaik dari ladang la katakan. :)
    shraqs recently posted..iPhone 2G, 3G, 3GS, 4, 4S, 5 Boot Test VideoMy Profile

  5. akubiomed
    | Reply

    Seronok dapat pengalaman memetik buah epal segar daripada pokok.
    akubiomed recently posted..Cash out earning Nuffnang untuk senyuman Monday Blues.My Profile

  6. Jebeng Otai™
    | Reply

    kalo la ade pokok epal kat blkng umah mesti best… :)
    Jebeng Otai™ recently posted..Tips Perniagaan Online : Jerung Lawan Ikan BilisMy Profile

  7. [CERITA] Luka di Dahi
    | Reply

    [...] Mama minta pada Aunty Za ‘plaster’. Ni sekarang Ammar tengah tidur lena. Mesti penat petik2 epal tadi kan? =) Pin [...]

  8. Eizil
    | Reply

    Seronoknya kalau boleh pergi ladang epal macam ni, mesti ada banyak jenis epal yang ditanam kan… senyum lebar ammar bila dah dapat berlari dan makan epal sendiri… comel jer… :D
    Eizil recently posted..Cerita di hujung mingguMy Profile

    • Bardboo
      | Reply

      haah memang ada macam2 jenis..ammar kalau dah boleh lari2 memang la happy semacam je dia..sampai jatuh2 tu..
      Bardboo recently posted..Bukan Cinta Muka BukuMy Profile

Leave a Reply

CommentLuv badge