Assalamualaikum.
Ammar dah tidur. Jadi inilah masa untuk update blog laju2. Lagipun kalau makin lama simpan cerita ni, jadi basi la plak. Huhu. Ok sambungan kepada cerita pintu hotel tak boleh bukak. Kami dah cuak dah masa tu. Yelar dah la kaunter hotel pun tutup sebab cuti Easter Day. Dan time tu dah pukul 12 tengah malam.
Tapi nasib baik memang ada disediakan nombor telefon yang boleh dihubungi jika ada berlaku apa2 kecemasan. Cik Abang pun call la, dan operator cakap nanti akan ada pekerja diorang yang datang dalam masa 3ominit. Kitorang pergilah tunggu kat lobi sampai pekerja tu sampai.
Bila pekerja tu dah sampai, pergi balik ke bilik hotel dan dia cuba buka pintu guna kad dia pun, still pintu tu tak boleh bukak jugak. Dia pun call balik operator dan entah apalah yang diorang bincangkan, punyalah lama, siap dengan gaya tangan ke atas ke bawah lagi, tangan letak ke dahi, mengeluh. Mengalahkan dia plak yang tak dapat cukup rehat!

Bila dah habis call, dia cakap dia tak boleh nak buat apa. Kena tunggu esok. Pastu dia suruh kitorang pergi ke hotel lain untukk tidur malam tu. Siap tanya lagi ada duit tak nak naik teksi? Cik Abang cakaplah tak ada duit. Lagipun barang2 kami semua kat dalam bilik.
Pastu dia sambung call lagi. Tak tahu la apa yang dia cakap, sebab dia cakap dalam bahasa Perancis. Tapi lama gila kot berborak. Sampaikan saya dah tension time tu sebab badan dah penat sangat. Muka pun dah muka bengang. Bila lelaki tu nampak muka saya dah bengang, dia terus kata dia nak turun bawah jap. Tapi lepas tu terus tak muncul2! Hilang ghaib macam tu je! Hampeh!
Masa tu air mata ni dah meleleh dah. Tapi nasib baiklah Ammar ok je. Bila Cik Abang dukung Ammar dan dekatkan dia ke muka saya, dia pegang2 muka, cium22 sambil senyum2. Haish terubat jugaklah rasa sedih ni. Huhu.
Adalah dalam 10 minit kot kitorang tunggu dia, tapi dia tak muncul2. Cik Abang call balik operator. Tapi operator kali ni Inggerisnya lagi teruk. Susah nak faham. Dan Cik Abang suruh saya cakap. Masa cakap tu, apa yang saya faham dia suruh kitorang pergi ke bilik 110 dan tumpang tidur kat bilik tu. Melentinglah saya!
Terus pas handphone tu balik ke Cik Abang (dah la bateri handphone pun nak habis dah). Bila Cik Abang dah cakap dengan orang tu, kitorang try la gak pergi ke bilik 110 tu. Sebab ingatkan tu bilik staff hotel ke, dan orang kat bilik tu memang dah tahu yang kitorang akan datang.
Tapi bila dah pergi ke bilik tu, orang tu tak nak bukak pintu pun! Of course la kan, tiba2 ada plak orang asing datang tengah2 malam ketuk pintu nak tumpang tidur. Siapa yang berani nak bukak kan? Time tu tahap sabar saya dan Cik Abang memang dah hilang dah. Terus marah operator tu dan operator tu terus letak phone. Huhu. Nak buat macam mana, hati tengah panas, badan tengah penat, nak pikir secara waras pun dah tak boleh dah.
Kami terus decide nak cari hotel lain. Tapi pekan tu dah macam pekan mati je time malam2 camtu. Langsung tak ada orang. Dan memang tak jumpa pun hotel lain untuk bermalam. So kitorang balik semula ke hotel tu, dan nampak gayanya tidur dalam kereta je la malam tu.
Tapi Ammar plak resah tak boleh nak tidur. So kitorang round2 lagi sekeliling pekan sampai Ammar tertidur, barulah datang balik ke parking kereta hotel tersebut. Jadinya malam tu merupakan pengalaman pertama kami tidur dalam kereta, di bahagian parking hotel.
Ammar tidur kat dalamcarseat. Tak tahulah dia selesa ke tak. Dahlah dengan pampers yang tak bertukar. Cik Abang plak tidur kat depan, dan saya tidur kat belakang. Sakit2 badan dibuatnya. Paling kesian kat Cik Abang la. Dah la penat2 drive jauh2, sekali kena tidur dalam kereta plak.
Takpelah, dah nasib kami macam tu. Mula2 memang rasa marah dan sedih. Tapi sekarangni bila dipikir2kan balik, rasa kelakar la plak. Hehe. Sekurang2nya kami ada pengalaman bermalam dalam kereta. Nasib baik tak kena sergah dengan hantu!







{ 38 comments… read them below or add one }
kesiannya, kalau saya pun memang bengang dan sedih juga. Takpe lah pengalaman yang tidak dapat dilupakan.
kimmie recently posted..1 MAY = HARI PEKERJA = HARI JADI AMIR
alahai kesiannyala… saman bard
azura recently posted..Habis April Masuk Mei
nanti bila ammar dah besar boleh cerita kat dia.. antara warna warni kehidupan dia membesar di negara orang

rahman recently posted..Apa yang nak di bersihkan di Kuala Lumpur
Sampai camtu sekali layanan mereka. Takkan receptionist pun takde kak? Mlampau betul la.
Cikgu Hairul recently posted..Tolonglah Sayang Duit RM500
Penat2 berjalan kena tidur dalam kereta pulak ye , peliknya depa tk bagi pulak bilik lain tu kan .. ish ish ..sanggup suruh org tidur bilik sebelah haha . lawak pulak ..
puanbee recently posted..Cabut Gigi Kakak
kalau berdepan dengan pengalaman macam ni di tempat orang memang susah juga.. nak minta tolong pun tak tau nak pegi mana..
yang eloknya, pengalaman macam ni berguna untuk masa akan datang
kulanz recently posted..Bunga-Bunga Cinta
terkenang pengalaman sy pernah tidur dlm kereta gak.. cuak gak masa tu.
muazfaris recently posted..Info Cetakan Bisnes Kad yang perlu anda tahu
xper 1 mlm jer duk dlm keter..

Jebeng Otai™ recently posted..Proton Preve’ : Traction Control & BA
pengalaman tu mana nak cari lagi..
azmanisma recently posted..Entry Gatal
haah…sekurang2nya ada gak pengalaman macam ni kan..
Bardboo recently posted..Bermalam dalam Kereta | Percutian di Paris
macam tu layanannya…apa lagi masuk la mana-mana forum hotel di frnace tu dan sebarkan kelemahan dan keburukan hotel tu..
segalabenda recently posted..Adab menegur
huhu…tak adalah sampai nak buat macam tu sekali..takpela, pengalaman buat kitorang gak ni..
Bardboo recently posted..Bermalam dalam Kereta | Percutian di Paris
pengalaman manis sebenarnya ni…takde kat tempat lain…hehe
ainun recently posted..100 USD Sudah Dicapai
hehe…mula2 tu rasanya pahit kot…tapi sekarang dah rasa manisnya..
Bardboo recently posted..Bermalam dalam Kereta | Percutian di Paris
Sabar..cuma di sana perlu perati masa opening hours untuk reception kebiasaannya diorang tiada 24hrs reception plg lame dia tunggu kat meja tu sampai 11mlm.,,jadi kalau nak selamat kena check in sebelum masa tu..takpe pengalaman tuh..hope u enjoy ur holiday there.
cra diorang bekerja memang berbeza dengan cara di malaysia..kat sini banyak sangat cutinya…alhamdulillah tetap enjoy percutian di paris tu..
Bardboo recently posted..Bermalam dalam Kereta | Percutian di Paris
hantu bukan tak nak kacau. cuma hantu tu pun tengah cari bilik hotel gakk..
titan recently posted..Red Bubbles Clown yang Kacak.
hehe…hantu pun tengah bengang gak tu sebab kaunter tutup…
Bardboo recently posted..Bermalam dalam Kereta | Percutian di Paris
hmmm…dh agak dah… takpe la bard… pengalaman berharga tu… bukan senang nak dapat.. tambah2 di tempat org….
zie fauzi recently posted..Semak e-Penyata Gaji Baru SSM
pandai akak agak ye..hehe..
Bardboo recently posted..Bermalam dalam Kereta | Percutian di Paris
Wow, tidur dalam kereta… tak bahaya keh?
Jobless Girl recently posted..Government Loan Consultant (Manager)
dah terpaksa..
Bardboo recently posted..Bermalam dalam Kereta | Percutian di Paris
Mesti jadi pengalaman yang sukar dilupakan.
Jobless Girl recently posted..Part-time Survey
Saya pernah dipesan oleh seorang kawan. Apabila bercuti sama ada diluar negara atau pun dalam negeri perlu sentiasa bersifat terbuka. Maklumlah banyak perkara tentu tidak dapat dijangka mungkin akan berlaku.
Kalau terlalu marah dengan sesuatu keadaan tentunya akan menghilangkan mood untuk bercuti. Terima seadanya, perkara-perkara yang pelik-pelik tu, anggap sahaja sebagai cabaran! Insyallah semuanya akan OK!

anif recently posted..Senarai Harga The New iPad
betul gak tu kan…kena berfikiran terbuka…
masa tu kalau cuma saya berdua je dgn hubby, rasanya ok je…tak kisah sangat kena tidur dlm kereta…tapi disebabkan ada anak kecil, tu yg jadi geram…sebab kesiankan ammar..
Bardboo recently posted..Bermalam dalam Kereta | Percutian di Paris
sedihnya. kesian ammar. kena tidur atas car seat je. tu gambar hotel tu ke?
noorsyamsul recently posted..LADANG TEH ORGANIK DI SABAH
haah…itu la gambar hotelnya..kesian ammar, tak tahu dia selesa atau tak tidur malam tu..
Bardboo recently posted..Bermalam dalam Kereta | Percutian di Paris
Hurmmm tak selesa la tidur dalam kereta. tak per jadikan kenangan yang indah dan kelakar jer BardBoo! HEHEH, macam mana la rupanya hantu PARIS KAN HEHEHEH.
haha..nak gak tahu macam mana rupa hantu paris tu..hehe..
Bardboo recently posted..Bermalam dalam Kereta | Percutian di Paris
Alahai…sy bc pun sedih..kesiannya…dugaan di tempat orang..lain kali hotel tu kena banned lah..teruk tul service dia..
hehe…dah nasib kitorang yang tak berapa baik kot time tu..
Bardboo recently posted..Bermalam dalam Kereta | Percutian di Paris
Pengalaman pahit tapi bagi saya ia adalah pengalaman adventure. Beberapa tahun dahulu saya ada ke luar negara atas urusan kerja seperti Australia, Sweeden, Jerman, Dubai dan Lubnan. Bab-bab pergi ke luar negara saya sudah faham jadi perlu banyak pengorbanan perlu dilakukan untuk mencapai matlamat.
Saya makan pun ala kadar ada masa dan tidur sekadar untuk melelapkan mata.
akubiomed recently posted..Day 1: belajar buat produk Fish ball, Fish cake dan Nugget
memang adventure…dah la dengan anak kecil..
Bardboo recently posted..Bermalam dalam Kereta | Percutian di Paris
Ala sian nyer..mnitis air mata dgr citer nie..mmg xder perikemanusian btul r..mentang2 r org luar..snggup dorg wat cmtue..paper pun, cekal kan ati n kuatkan smngat…jgn cept give up wlu cmner skali pun berlaku..family2 smua support u all..
mula2 tu sedih gak..skrg dah ok dah…pengalaman berharga tu..,
Bardboo recently posted..Bermalam dalam Kereta | Percutian di Paris
Kesiannya bila kena pengalaman macam ni di negara orang. Tambah pula ada anak kecil masa tu. Nampaknya memang teruk sungguh layanan hotel dekat negara orang ni. Baik lagi layanan dekat sini.
Hazmin Hamudin recently posted..Bob Kuman Meninggal Dunia Hanya Khabar Angin
tapi takpe, kira mcm pengalaman la ni…
Bardboo recently posted..Bermalam dalam Kereta | Percutian di Paris
Tu la, bukan senang nak ada pengalaman macam ni. Lepas ni boleh hati-hati untuk next vocation kan.