Home » Catatan di Perantauan » Memori di Perancis » La Vallee Village dan Disney Village | Percutian di Paris

La Vallee Village dan Disney Village | Percutian di Paris

posted in: Memori di Perancis | 36

Assalamualaikum.

Jom sambung balik siri ‘Percutian di Paris’. Bila dah merasa pengalaman bermalam dalam kereta, esoknya tu pagi2 lagi kitorang dah pergi ke kaunter. Cik Abang terus cerita apa yang terjadi pada pekerja tu, dan dia pun bagi kitorang kunci baru. Apalagi, terus pergi ke bilik dan nasib baiklah pintu dah boleh buka. Masa tu memang rasa lega sangat sebab dah dapat masuk bilik sendiri. Terus salin pampers Ammar. Kesian dia, satu malam pampers tak bertukar. Huhu.

Lepas tu kitorang ke kaunter balik untuk bertanyakan perihal semalam. Dan orang kaunter tu cakap yang semalam punya cas hotel dikira percuma. Cik Abang minta tambahan satu hari, sebab takut kitorang tak sempat nak round2 Paris. Yelar, masa tu memang badan dah penat sangat. Cuma fikir nak tidur je. Hah sebab itulah percutian kami jadi lima hari! Hehe.

Tapi bila dah berehat dan makan2, badan rasa segar plak. So dalam tengah hari tu, kitorang bergerak ke La Vallee Village dengan menaiki kereta. La Vallee Village ini adalah tempat himpunan butik2 berjenama. Macam2 jenama ada kat sini. Saya beli handbag je seketul. Masa kitorang tengah jalan2 kat sana, tiba2 je nampak seorang pakcik tengah terbaring kat depan kedai. Dia tengah menggelupur kesakitan sambil pegang2 dada dia dan nafas tercungap2. Waa risau da sedih je tengok dia masa tu. Tak tahulah apa yang jadi kat pakcik tu. Huhu. Andaian nakal saya – pakcik tu terkejut isteri dia nak hadiah yang mahal sangat sampai kena serangan jantung!-

La Vallee Village
Depan butik Jimmy Choo. ambil gambar je la, nak beli tak mampu. Huhu.
Suasana di sana

Bila dah habis jalan2 kat situ, kitorang bergerak ke Disney Village plak. Saja jalan2 kat situ sambil ambil2 gambar dan beli souvenier. Kitorang tak pergi ke Disneyland. Ammar pun kecil lagi, bukannya dia pandai pun nak main segala permainan yang ada kat dalam Disneyland tu. Mungkin lain kali, sebelum balik ke Malaysia bila Cik Abang dah habis study nanti, kitorang akan pergi ke Disneyland ni nanti. Huhu.

Ok jom layan gambar…

Masamnya muka Ammar! Geram kot hujan2 pun kena bergambar. Hehe
Hujan lagi

 

Suka benda ni. Tapi mahal!
Ammar dah tertidur dah. Syok tidur dalam Ergo tu!
Ok tahun depan kita pergi Disneyland pulak ye Ammar! =)

36 Responses

  1. Miss Yati
    | Reply

    Comel je Ammar muka masam macam tu. :P Nak cubit2 manja je pipi tu. ;)

  2. syahrilhafiz
    | Reply

    fuyoo, best kalau duduk di perantauan ni
    boleh jalan sakan sakan sambil berbajet :)
    syahrilhafiz recently posted..Tutorial Gambar Cara Upgrade Ubuntu 11.10 Ke Ubuntu 12.04 LTSMy Profile

  3. akubiomed
    | Reply

    Kira okaylah pemilik hotel boleh bertolak ansur untuk memberi ganti rugi. Tidak penat dukung Ammar? :-)
    akubiomed recently posted..Pasukan celoreng hijau beraksi di padang bersih.My Profile

  4. Jebeng Otai™
    | Reply

    best nye die bg free of cas..bgus la depa ni..
    Jebeng Otai™ recently posted..Projek Review AlexaMy Profile

  5. puanbee
    | Reply

    Bestnya bard , kalau dpt pergi bergambar pun dah cukup dah … kami ni entah bila nak sampai hehehe
    puanbee recently posted..Tengok Gambar Fasha Sandha Berinai Nampak Macam …My Profile

  6. zie fauzi
    | Reply

    amboi handbag seketul tu…. berapa harga seketul tu?? hihihi….
    zie fauzi recently posted..Gambar Pernikahan Jejai Dan Fasha SandhaMy Profile

  7. titan
    | Reply

    ammar buat dek aje. dia bosan tu. haha..
    titan recently posted..Komisen ke 4 dari TipsPTD.comMy Profile

  8. Mus
    | Reply

    siap bawa beg nikon lagi..
    kena rakam gambar untuk tatapan anak yang bakal membesar
    Mus recently posted..Video Kemeriahan Persembahan Tarian Di Atas LepaMy Profile

  9. akhiyy
    | Reply

    bestnye…rase nak g jugak tapi tade duit..huaaaa…
    akhiyy recently posted..Review NotahatiMy Profile

  10. muazfaris
    | Reply

    best nye.. dh tgk gambar ni kat fb..hehe
    muazfaris recently posted..Wallpaper Filem The Avengers | High QualityMy Profile

  11. kulanz
    | Reply

    Kecik-kecik lagi puas jalan baby Ammar ni.. jealous pakcik ni, hehehe
    memang tumpang seronok tengok.. tak mampu pegi sendiri.. tengok dari pengalaman rakan dah cukup bagus
    kulanz recently posted..Tour of Borneo 2012My Profile

  12. Denaihati
    | Reply

    puaslah 5 hari jalan2 jamu mata n shoping.
    kesian baby amar sentiasa kesejukan ke, nampak kurang senyum.

  13. Azie
    | Reply

    Kaluarga bahagia. Suka tengok baby ammar pipi dia chubby meh Untie Azie nak cubit skit..

  14. kodinz
    | Reply

    naib baik dapat extra sehari percuma. Tp yang penting, holiday x terganggu :)
    kodinz recently posted..Tak Tahu Cara Nak Back Up Database Blog? – Cuba Tengok SiniMy Profile

  15. Ibu Mifzal Arsyad
    | Reply

    mujur dapat ganti yg satu malam x leh masuk bilik tu kan..

    seronok lah..anak sy mesti suka g disneyland tu tp nak wat cemana..ibunya x mampu nak bawak pi..hehe
    Ibu Mifzal Arsyad recently posted..Gaji Minimum Pekerja Sektor SwastaMy Profile

  16. suri
    | Reply

    tingkah anak mmg mengusik hati…tgulah dia dpt kki nnti tak terkejar ibu bapa nnti heee

  17. suri
    | Reply

    jalan2 sambil cari barang hujan pun turun tu sodap tdo jeeeee

  18. penyubiru
    | Reply

    bestyer jejalan.. kalau pergi tempat cam disneyland tu kalau anak besar baru syok skit kan..kita akan lebih happy kalau anak kita happy..
    penyubiru recently posted..WW – Batrisyia & MaskotMy Profile

  19. kesoma.rai
    | Reply

    comelnya sleeping beg ammar tu..hehehe..masa saya ke paris dulu kami siap tidur kat airport charle de geul (tak reti eja) haha.. maklumlah..masa tu student lagi.. jimat kos..tapi menarik sangat kan..
    kesoma.rai recently posted..B*llsh*t waterMy Profile

  20. azmanisma
    | Reply

    Hehehe manja jer amar tuh..anak bapak..he3..
    azmanisma recently posted..Jangan Panik Jika Bandwidth Exceed LimitMy Profile

  21. Jobless Girl
    | Reply

    Ammar tidur lenyap tu.
    Jobless Girl recently posted..Freelance DocumentationMy Profile

  22. Hazmin Hamudin
    | Reply

    Naseb la bilik hari pertama tidak dikira… Kalau tak memang la menyakitkan hatikan. La Vallee Village ni macam JPO je kan…
    Hazmin Hamudin recently posted..Keputusan Penuh Anugerah Astro Arena 2012My Profile

Leave a Reply

CommentLuv badge