Home » Review » Apa Kata Mereka? Dan Pemenangnya Jatuh Kepada…

Apa Kata Mereka? Dan Pemenangnya Jatuh Kepada…

Assalamualaikum.

Akhirnya dah tamat gak ‘Sharing is Caring’ Contest & Giveaway. Walaupun tak ramai yang join, tapi saya tetap puas hati sebab dah dapat banyak input dari blogger2 yang dah buat entri review. Memang terbaiklah entri2 yang dihasilkan. Kat sini saya senaraikan peserta yang dah join beserta dengan perkara2 yang diorang sarankan. InsyaAllah saya akan buat, tapi benda ni ambil masa. Kena buat satu per satu dulu.

1. AkuBiomed – Skodeng blog Bardboo yang nun di Perancis

Nampak gayanya AkuBiomed jadi peserta pertama yang menyahut cabaran buat review. Dan secara kebetulan juga, AkuBiomed terpilih sebagai peserta bertuah untuk ‘lucky draw’. Nanti sila emel saya ye untuk urusan hadiahnya.

Peserta ini menyarankan saya untuk:

  • kurangkan jumlah entri di bahagain front page kepada 4 atau 5 – dahbuat
  • memaksimumkan penggunaan feature image dengan menggunakan address link – tak faham apa maksudnya, tapi akan explore nanti
  • buat Google Snippet – yang ni memang dah banyak kali cuba sejak baca mengenai google snippet di blog Denaihati. Tapi sampai sekarang tak setel2 lagi. Kena usaha lebih lagi nampaknya lepasni

2. Kimmie – Giveaway di Blog Bardboo | “Sharing is Caring’

Kimmie sarankan saya untuk:

  • tambah widget entri popular – akan dibuat dalam masa terdekat
  • gantikan paparan entri terbaru dengan paparan lain – yang ini saya tetap akan kekalkan rasanya. Sebabnya bagi saya, bukan semua orang rajin nak pergi ke homepage untuk tengok senarai entri terbaru

3. Ibu Mifzal Arsyad – Review Blog Bardboo

Yang dicadangkan:

  • Gunakan plugin Post Thumbnail – bila dah baca entri ni, baru saya perasan yang bahagian homepage blog ni nampak terlalu kosong. Jadi, benda ni memang saya akan buat lepasni

4. Kulanz Salleh – Menyelongkar Penulisan Blogger Wanita Cantik

Ini entri review paling panjang. Saya rasa mesti ambil masa lama untuk hasilkan entri ni. Yang dicadangkan oleh beliau adalah:

  • hilangkan comment moderation – ok akan dibuat sekejap lagi
  • seo optimization – saya sangat suka apa yang Kulanz kongsikan untuk bahagian ini. memang saya perasan bahagian SEO ni di theme thesis, tapi tak pasti apa yang perlu diletakkan
  • setting size gambar/media – memang perasan ada entri2 yang gambarnya dah ‘terlebih sudah’ saiznya. sekarangni dah tahu dah kat mana nak setting saiz2 tu. thanks!

5. Berkenalan Dengan Blogger Wanita Dari Perancis

Entri yang ini pun boleh tahan panjangnya. Dah la ditaip masa tengah demam, memang tabik spring la! Hehe. Yang disarankan leh HadiHanafee ialah:

  • gunakan plugin wp nagivation – sejujurnya saya pun memang tak suka dengan nagivation ‘previous/next’ yang disediakan oleh thesis ni. tapi untuk guna wp-nagivation tu, banyak setting yang perlu dibuat. jadi saya kena pilih satu hari yang betul2 free untuk buat benda ni. InsyaAllah
  • gunakan plugin Gzip compression – yang saya musyilkan di sini, macam mana dengan guna plugin ni boleh kurangkan penggunaan bandwidth pengguna ek? boleh sesiapa jelaskan tak?

6. Ziefauzi -Blog Review | Bardboo.com

Ini pula merupakan peserta terkahir untuk contest ni, dan kak zie cadangkan saya untuk:

  • tambah border – ok akan buat jap lagi
  • besarkan atau ketengahkan header – yang ni kena pertimbangkan dulu, hehe..sebabnya sekarangni mata tengah suka tengok header yang kecil2 je
  • susun entri elok2- sekaragni blog masih terterrabur lagi. InsyaAllah, akan disusun dengan betul2 selepas ini.

Yaey siap gak entri ni! Ambil masa sejam tu. Ok nak rehat sekejap, pastu baru buat sikit2 perkara2 yang dah dicadangkan oleh mereka2 ini yang berani menyahut cabaran. Terima kasih!

Oh untuk pemenangnya pula. Setelah baca balik kesemua entri2 review, saya dah buat pilihan untuk pemenang contest ini adalah Kulanz Salleh. Sebabnya terlalu banyak input yang saya dapat dari entri beliau. Dan saya rasa kalau korang2 baca entri review tu pun, korang boleh dapatkan beberapa tips yang boleh dipraktikkan untuk blog sendiri. Jadi kepada Encik Kulanz, sila contact saya juga ye untuk urusan pemberian hadiah.

Dan untuk pengomen terbanyak plak, jatuh kepada Kimmie dengan jumlah komen sebanyak 56. Tahniah! Jangan lupa emel ye untuk urusan hadiah juga. =)

36 Responses

  1. [...] kasih kepada penganjur Bardboo kerana saya telah terpilih untuk imbuhan tunai RM30 untuk entri ‘Skodeng blog Bardboo yang nun di Perancis’.(function(d,s,id){var [...]

  2. kulanz
    | Reply

    Maaf lambat pula beri respon sini..
    terima kasih sebab memilih entri aku sebagai pemenang, penghargaan yang besar maknanya..
    pasal seo optimization tu, nanti akan diceritakan lebih lanjut..
    kulanz recently posted..Undian Digi WWWOW Awards 2012 BerakhirMy Profile

  3. syahrilhafiz
    | Reply

    woot! tahniah bro Kulanz, dia memang otai SEO, tanya bab bab thesis, wp and so on boleh settle kot.hehe
    but the way, review dari kulanzsalleh cukup puas hati dan blog ini sekarang saya masuk puas hati..hehe bagus32
    syahrilhafiz recently posted..Google Update Pagerank Kedua 2012My Profile

  4. titan
    | Reply

    tahniah kepada para pemenang. :)
    titan recently posted..Kecelaruan Maklumat – Mat Luthfi dan TitanMy Profile

  5. rahman
    | Reply

    tahniah juga dari saya buat pemenang :)

  6. zie fauzi
    | Reply

    tahniah untuk pemenang2…. ada masa nak terjah semua peserta yg buat entry tu… nk ceduk sikit info yg ada… hihihi…
    zie fauzi recently posted..RM150.00 Cash | Give Away From lidarahim.comMy Profile

  7. akubiomed
    | Reply

    Terima kasih Bardboo. Minta maaf lambat komen kerana saya cuba akses blog ini macam ada masalah error. Saya anggap ia adalah hadiah Hari Lahir saya bersama isteri dan anak saya abang Long jatuh pada bulan Mei. :-)
    akubiomed recently posted..Juara didalam kehidupan sayaMy Profile

  8. segalabenda
    | Reply

    tahniah kepada pemenang contest ni..sebenarnya review yang aku baca, banyak membantu untuk memperbetulkan lagi blog aku
    segalabenda recently posted..Segalabenda.com dan D3000 berkerjasamaMy Profile

  9. Jebeng Otai™
    | Reply

    tahniah kepada yg menang..lpsni blog ni dh leh improve hasil dri review rakan2..hehe
    Jebeng Otai™ recently posted..Wordless Wednesday : Gula KapasMy Profile

  10. muazfaris
    | Reply

    oh tak sempat.. sedar2 dah abis..hehe
    muazfaris recently posted..Giveaway Buku PTS Pilihan andaMy Profile

  11. azmanisma
    | Reply

    tahniah..saya masih belum berani lagi review blog org :)
    azmanisma recently posted..Ketika Nak Hujan!My Profile

  12. suri
    | Reply

    mari tepuk tangan pada yng joint, yng menag semua hebat2 sb beri sokongan supaya admin maju jaya dlm dunia blog

  13. donnyien
    | Reply

    tahniah kepada pemenang contest apa kata mereka dari blog bardboo..tumpang gumbira sekali
    donnyien recently posted..Wordless Wednesday # Having Some Fun @ The CurveMy Profile

  14. shraqs
    | Reply

    Tahniah pada semua pemenang. BTW, itulah kelebihan berblog,.. kita boleh kongsikan pengalaman dan pengetahuan masing2 tanpa perlu berkira.
    shraqs recently posted..Bang! Jom Sayang Belanja Makan Satay..My Profile

  15. Myra Jay
    | Reply

    Tahniah pada yang berjaya :)
    Myra Jay recently posted..Hadiah termahal dalam berblog-Kamera Nikon D90My Profile

  16. kesoma.rai
    | Reply

    wow! banyak betul pengetahuan mereka tentang blogging ni.. terasa jauhnya ketinggalan saya..ni..mungkin saya boleh juga apply yg mana boleh kat blog saya jugak..
    kesoma.rai recently posted..Gaji minimum bagi sektor swastaMy Profile

  17. sjiehan
    | Reply

    tahniah buat pemenang… =)
    sjiehan recently posted..Kisah Harta Karun (Part 1)My Profile

  18. cikgu hairul
    | Reply

    memang cukup bernas idea para pemenang tu. Disamping untuk kebaikkan blog bardboo, pembaca juga dapat belajar.

    Kak, semalam seharian blog ni error. Kenapa ye?

  19. iza
    | Reply

    Assalam..
    Tahniah pada yang menang..
    iza recently posted..Potong Kepala: Wordless Wednesday.My Profile

  20. penyubiru
    | Reply

    tahniah kpd pemenang… dan timer kasih kpd yg buat review sebab secara tak langsung boleh jugak kami tumpang timba ilmu..
    penyubiru recently posted..WW – Jangan Sentuh & Jangan MainMy Profile

  21. anif
    | Reply

    Tahniah pada pemenang :D
    anif recently posted..Version 2.0 – Wordless Wednesday #36My Profile

  22. kimmie
    | Reply

    tahniah kpd semua yang menang.

    p/s: saya pun menang juga..hehehehe gembira rasa di hati :)
    kimmie recently posted..1 MAY = HARI PEKERJA = HARI JADI AMIRMy Profile

  23. Ibu Mifzal Arsyad
    | Reply

    Tahniah kepada para pemenang… :D

    Bila baca review yg kawan blogger buat utk blog bard..sy pun rs banyak yang perlu sy tambahbaik utk blog sy sendiri..

  24. Hadi Hanafee
    | Reply

    tahniah kepada bro Kulanz. entri beliau memang terbaik. banyak manfaatnya.

    oo ye saya lupa nak eksplain sikit pasal gzip tu. takde apa sangat. cuma bila blog kita dah makin laju maka sikitlah bandwidth pelawat nanti nak load blog kita, baik untuk pengguna2 broadband. taklah bandwidth diorang cepat habis kuota nanti ;)
    Hadi Hanafee recently posted..Nuffnang Perkenalkan Kod Iklan Baru Yang Lebih RinganMy Profile

Leave a Reply

CommentLuv badge