Irdhina Aneesa Sudah Sebelas Bulan

December 14, 2013

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, Aneesa dah sebelas bulan dah. Tinggal lagi sebulan je untuk Aneesa menginjak ke umur satu tahun. Kadang-kadang rasa bersalah juga, sebab jarang sangat update cerita Aneesa di blog. Masa Ammar dulu, tiap-tiap bulan akan bercerita pasal dia je. Sekarangni saya dah agak malas untuk update blog. Ini pun saja paksa diri sendiri untuk menaip sementara anak-anak tengah tidur.

Ni nak cerita perkembangan terbaru Aneesa. Sejak umur dia sembilan bulan, dia dah sibuk nak bertatih, belajar berjalan. Bila dah masuk umur sepuluh bulan, dah berjaya melangkah tiga-empat tapak sebelum jatuh. Sekarangni pun masih macam tu lagi, belum betul-betul stabil lagi. Nak ambil video, memang tak sempat. Kalau nanti ada peluang untuk ambil videonya, saya kongsikan di sini ye, InsyaAllah.

Kalau dari segi gigi pula, dah ada enam batang gigi dah cik adik ni. Empat gigi atas, dua gigi bawah. Gigi kapak Aneesa besar sangat, macam gigi arnab! Hihi. Tapi bila dia senyum, alahai geram je tengok giginya tu. Lagi bertambah-tambah comel.

Oh ye, Cik Adik ni kuat senyum, kuat gelak, dan kuat juga menangis. Hobi dia, melekat je kat Mamanya macam anak kangaru, langsung tak nak berlepas. Badan makin lama makin semangat, macam di pam-pam. Kadang-kadang sampai sakit-sakit pinggang ni mendukung Aneesa.

Sekarangni Aneesa dah pandai nak main sama-sama dengan Ammar. Bahagia je rasa bila dia bergelak ketawa sama-sama. Tapi berebut barang pun pandai juga ni. Bila tak dapat, mulalah melalak! Macam-macam hal..

Alhamdulillah buat setakatni Aneesa masih lagi menyusu badan sepenuhnya. Semoga saya dapat menysuukan Aneesa sampai umur dia dua tahun nanti, InsyaAllah.

– telah menulis sebanyak 818 entri untuk Blog Bardboo.

Penulis merupakan seorang wanita yang sudah berumahtangga dan mempunyai sepasang cahayamata. Buat masa sekarang, penulis dan keluarganya menetap di Toulouse, Perancis. Blog Bardboo ini digunakan sebagai tempat untuk penulis mencatatkan kisah hidupnya di perantauan. Penulisan di blog ini merupakan inisiatif penulis sendiri, dan sebagai perkongsian dengan semua.

Leave a Comment

CommentLuv badge

{ 9 comments… read them below or add one }

1 tiara April 15, 2014 at 1:24 pm

Amboi pipinya chuby
tiara recently posted..Bahan Kimia Dalam MakananMy Profile

Reply

2 estri March 30, 2014 at 5:17 pm

Pipinya lucu, ngegemesin sekali.
estri recently posted..Perbedaan Cokelat Hitam Dan Cokelat PutihMy Profile

Reply

3 titan January 13, 2014 at 11:36 pm

biasalah tu kalau berebut barang. haha..
titan recently posted..Kisah kejayaan Sylvestar Stallone yang ramai orang tak tahu.My Profile

Reply

4 Rina December 27, 2013 at 4:23 pm

Saya suka bola mata Aneesa, benar2 jernih
Btw comel juga nie pakai stiker
Rina recently posted..Create CSS3 Animation Webpage Using Animation And Transform EffectsMy Profile

Reply

5 ema December 23, 2013 at 5:04 pm

Salam, lama tak singgah sini…. dah besar anak nombor dua..matanya bulat.
ema recently posted..Senarai harga keperluan sekolahMy Profile

Reply

6 titan December 14, 2013 at 8:44 pm

siapalah yang puya kerja letak stiker tu ehh..
titan recently posted..Mari melancong ke Banting.My Profile

Reply

7 Puan Bardboo December 19, 2013 at 1:05 am

papa dia punya kerja..hihi..
Puan Bardboo recently posted..Aneesa Dah Pandai BerjalanMy Profile

Reply

8 Man December 14, 2013 at 6:23 pm

hahaha comel muka penuh pelekat..
Man recently posted..Imbasan X-Ray Pasangan Kekasih Oleh Ayako Kanda dan Mayuka HayashiMy Profile

Reply

9 Puan Bardboo December 19, 2013 at 1:06 am

hihi..saja main2 dengan dia macam tu…
Puan Bardboo recently posted..Aneesa Dah Pandai BerjalanMy Profile

Reply

{ 1 trackback }

Previous post:

Next post: