Selamat Tinggal UiTM Puncak Alam

May 7, 2010

Salam…Cuba korang tengok gambar ni..

Kebanyakan orang sampai ke blog aku ni sebab tengah mencari info pasal UiTM Puncak Alam..Sekarangni tengah prepare nak masuk U yer? Erm, aku dah habis dah belajar Puncak Alam tu..Tapi meh la sini aku kongsi sikit2 dengan korang ye..

1) Kolej:
Ada dua kolej kat UiTM Puncak Alam ni, Kolej Angsana dan Rafflesia..Masa aku duduk dekat sana untuk dua sem yang lepas, Kolej Rafflesia untuk pelajar perempuan, dan Kolej Angsana plak campur2..Korang akan duduk macam dalam rumah tau, ada 4 bilik, tiap bilik untuk dua orang..So total satu rumah lapan orang..Dalam tu ada dua tempat mandi (satu besar dan satu kecil), satu toilet, tempat basuh baju, dan juga tempat sidai pakaian. Tapi tempat sidai ni kecil je..So aku cadangkan korang bawakla tempat sidai baju yang besi tu..Oh ye kat dalam rumah ni tak ada dapur tau..hehe..Tiap2 bilik ada katil, almari, dan meja study sendiri..Ada gak tempat kabel internet tu, tapi satu je untuk satu bilik..Kenala kongsi2 ye..Erm lupa plak nak cakap, ada ruang tamu tau…boleh la nak lepak2 kat rumah tamu tu sambil golek2.. =)

2) Fakulti:
Bangunan fakulti ada dekat dengan gate (kolej kat bahagian atas bukit)..Aku tak pasti la ada berapa banyak bangunan fakulti..Tapi memang luas dan cantik..Nanti korang tengok la sendiri yer..Aku rasa bangunan fakulti aku (Farmasi) tak sama designnya dengan fakulti2 lain, tapi tak sure sangat sebab tak pernah menjelajah bangunan fakulti2 lain..Kalau korang rajin, buatlah review tentang ini yer.. =)

3) Dewan  Makan:
Tiap kolej ada dewan makan sendiri…Tapi mengikut cerita kawan2 aku, dewan makan Rafflesia ada lebih banyak lagi pilihan makanan..Harga?? Erm, bolehlah…Tak berapa memuaskan pun sebenarnya..Huhu..Dah terlanjur cakap pasal makan ni, aku nak bagitahu korang yang pasar malam kat situ hari Rabu tau..Lepas tu sepanjang aku kat Palam tu (Puncak Alam), aku rasa macam tak ada je makanan yang boleh wat aku terliur..Kalau kat Seksyen 7 dulu, suka gila makan Nasi Lemak Jati, nasi kerabu pasar malam Seksyen 7, goereng pisang + air asam kat selekoh rumah pangsapuri seksyen 7 tu..haish, banyak lagilah (meleleh air liur!!!)…Ok2,balik kepada Palam, ada satu je kedai yang aku minat..Kedai Kak Yong Tomyam..Aku suka makan tomyam dia, sedap!! Pergi cuba tau.. =)

4) Perpustakaan:
Ada dekat PSB, tapi aku tak pernah masuk!!! Huhu, tak tahulah yer apa yang ada di dalamnya..

5) “Tangga Batu Caves”:
Korang mesti tahu kan pasal tangga ni? Gerun tak tengok ketinggiannya? Hehe, bersedialah untuk menjadi sihat dan kuat!! Tangga ini je satu2nya cara untuk korang berulang-alik dari kolej ke fakulti kalau korang tak ada kenderaan, melainkan lah korang dan mendaki dan menuruni bukit pusing2 itu..Kalau rasa akan menggunakan tangga ini tiap2 hari, sila persiapkan diri dari segi mental dan fizikal, terutamanya masa bulan puasa nanti yer.

6) Kenderaan:
So now mesti ramai dah fikir nak bawak kenderaan kan? Tapi meh sini aku share dengan kamu ye..Tempat parking sangat2 la terhad..Di bahagian depan bangunan kolej, ada sikit je tempat parking..So kebanyakan kereta perlu diletakkan di padang kawad..Tapi tu pun aku tengok memang selalu je penuh kalau malam2..Memang boleh kalau nak jugak parking di kawasan2 yang di’haram’kan untuk parking, tapi bersedialah ye untuk menerima ‘surat cinta’ dari pak guard..Hehe..Kat bangunan fakulti pun tempat parking sangat2 terhad..So kalau nak bawak kenderaan tu, kenalah pandai2 sendiri ye? Pilihan lain, naik bas shuttle yang disediakan (kolej-fakulti-kolej)..Tapi kena menunggu sikitlah..

7) Kemudahan rekreasi:
Ada tiga padang court..Boleh main futsal, bola jaring, dan bola keranjang..Ada juga gym, kat dalam bangunan dewan makan..Tapi kalau petang2, ramai student yang akn berjoging di sekitar kampus..Udara kat Palam tu sangat segar, so memang sesuai la nak berjoging sakan..Tapi aku tak pernah pun!! Haish, malu lagi..

8) Pak Guard:
Hurm, ada orang search pasal pak guard..Kenapa yer? Alar korang ni, pak guard tu menjalankan tugas diorang je..Biasalah tu..Kalau orang luar nak masuk kawasan kampus, kena ambil pas pelawat…Kalau student yang tak tampal sticker kenderaan tu, kenalah tegur..Kalau balik lambat sangat, kenalah membebel kot..Biasalah tu..Huhu..

9) Jalan ke Puncak Alam:
Aku ada buat entry pasal cara nak ke Palam ini..Tapi aku rasa lebih banyak map yang lebih baik dari description yang aku bagi tu, korang tengoklah map itu yer..Cuma nak bagitahu kat sini, kalau korang menggunakan Jalan Meru untuk ke Palam, berhati2 yer..Dekat dengan area2 Palam tu ada penjara yang sedang dalam pembinaan..So memang banyak lori2 gedabak besar yang lalu jalan tu..Walaupun lambat, janganlah potong k..Bahaya!! Sebab jalannya agak kecik, banyak lubang2, dan jugak bengkok2..Biar lambat, asalkan korang selamat sampai..

Hurm , tak tahu apa lagi nak tulis..Tapi korang boleh tengok belah kanan ni kat bahagian “Label”, cari UiTM, Puncak Alam, Faculty of Pharmacy dan baca entry2 aku yang sebelum ini tentang Puncak Alam..Kalau ada sebarang pertanyaan, tanya jelah k..Aku akan jawab setakat yang aku boleh.. =)

– telah menulis sebanyak 818 entri untuk Blog Bardboo.

Penulis merupakan seorang wanita yang sudah berumahtangga dan mempunyai sepasang cahayamata. Buat masa sekarang, penulis dan keluarganya menetap di Toulouse, Perancis. Blog Bardboo ini digunakan sebagai tempat untuk penulis mencatatkan kisah hidupnya di perantauan. Penulisan di blog ini merupakan inisiatif penulis sendiri, dan sebagai perkongsian dengan semua.

Leave a Comment

CommentLuv badge

{ 33 comments… read them below or add one }

1 iDAN May 23, 2011 at 7:41 am

baru antor anak buat asasi ke sana tadi dia tinggal di kolej angsana sana guna nama blok ke apa tak ingat… tapi klau tak silap blok 3 tingkat 5… nampak macam menarik kolej ini.. biar pun jauh terpencil nampak selesa & damai di sana… agak-agak nak turun tangga ke dewan kuliah tu berapa minit iyer… nampak tinggi amat…

Reply

2 miss H May 17, 2011 at 3:28 pm

salam,

saye pelajar asasi sains uitm.. saye minat nk amik degree in farmasi uitm tp malangnye result saye biase je, 3.44… sem 1 dpt 3.44, sem 2 dpt 3.78.. terkilan gak sbb tak dpt nk apply farmasi kt uitm.. agak2 course ape yg sesuai ngan result saye?? saye minat bio ngan chem.. spm saye dpt 10A1B..

Reply

3 miss H May 17, 2011 at 3:25 pm

salam,

saye pelajar asasi sains uitm.. saye minat nk amik degree farmasi uitm tp malangnye result saye biase sje, 3.44.. sem 1 dpt 3.45, sem 2 dpt 3.78.. terkilan gak sbb tak ckup syarat nk apply farmasi uitm.. agak2 course ape yg sesuai dgn result saye ye??saye minat bio ngan chem~

Reply

4 Anonymous May 12, 2011 at 10:55 am

salam, iron n cerek disediakan x?

Reply

5 liyana May 11, 2011 at 2:32 am

21mei ni sy msuk uitm puncak alam asasi sc..tq 4 da information about all da tings coz mang nk cri prasarana n keadaan uitm puncak alam tp xd gmba..cmni pn ok la,at least positiv news. :)

Reply

6 Anonymous May 8, 2011 at 9:59 am

Saya asasi engineering:) Dan bergelar gegirl. Senang tak nak skor? and bg seorg girl adakah patut asasi ini untuk saya? Dan senang tak nak adapt dgn semua tu?

Reply

7 wawa :) May 8, 2011 at 9:12 am

salam , how about dip medical imaging ?

Reply

8 Nurul Alyaa May 6, 2011 at 8:43 am

salam.. nk tnya. sya dpt twarn buat diploma farmasi uitm. rasa2 ok x? kwan2 sy rmai dpt asasi. sy sedih gak xdpt asasi. tp sy mnat frmasi ni. ok ke or better matrik?

Reply

9 muhammad azizol April 2, 2011 at 8:30 am

diploma farmasi ada x di uitm puncak alam

Reply

10 liya_zainal April 1, 2011 at 5:57 am

As Salam…tool ker blajar physio nie ssh???…tp insyaAllah kter bleyh…hehe…normalla la kn,balajaq sumanya ssh,mna da sng…hehe

Reply

11 Sawasashi December 23, 2010 at 5:23 pm

Assalamualaikum, nak tanya di UiTM Kampus Puncak Alam ni ada terdapat diploma apa ye?

Reply

12 Anonymous June 18, 2010 at 12:53 pm

salam…….saya dapat degree fisioterapi..adakah memang btol2 susah nak skor..??

Reply

13 bArdbOO May 24, 2010 at 3:45 pm

@TT
ada…ada bus yg pergi ke shah alam

Reply

14 Ela May 24, 2010 at 12:48 pm

Salam
Mahu tanya..
Ada bas x kat uitm puncak alam
Kalo ada dia pi mane..
Harap dapat jawab

Reply

15 TT May 24, 2010 at 12:46 pm

Salam
Just nak tanya ada x bus kat uitm puncak alam
Bas2 tu pegi mane ek

Reply

16 murshidmurat May 20, 2010 at 3:00 pm

tadi saudara MOHD SHAZRUL NAIM, ada cakap kita hanya terlewat setahun drpd budak2 y dri matrix.
jadi, brapa jumlah tahun kesemuanya dARI diploma sampai degree fisioterapi nih…

diploma 3 thun kn( klu x leh wat fast track lar)
degree pulak bape tahun?????

TQ

Reply

17 bArdbOO May 20, 2010 at 2:50 am

@Anonymous
thx sbb sudi kongsi info tntg ini..memang detail la info nie,..huhu…bagus2…sama2 lah kita tlg mereka2 yg baru nak masuk uitm puncak alam ni

Reply

18 bArdbOO May 20, 2010 at 2:39 am

@Anonymous
thx untuk info yg awak bg..sekurang2nya dpt membantu merekA yg nak amek fisio..sy pon xtau nk bagi info apa psbb sy fakulti lain..thx sgt2…sama2 la kita bantu mereka2 yg baru nak amsuk uitm puncak alam nie

Reply

19 Anonymous May 19, 2010 at 11:48 pm

salam..to adik mushidmurat..4 ur information,fisio adalah salah satu program yg plg ssah dkat dalam fakulti sains kesihatan..so,x kisahlah kalo ramai daripada student fisioterapi nih susah nak skor,..btw,peluang keja as a physio skrg mmg da terbuka,tetapi dgan sedikit persaingan drpd univ2 swasta terutamanya..then,x kisahlah kalo dengan kesusahannya itu,most of diploma on phsiotherapy student neh result spm dia 6A ke atas,and even 10A pon ada..bab nak wat fast rack tuh,kalo x clap,adik kna skor 3 sem berturut2 anugerah dekan,then tros msok ke sem 4 degree,,tapi,mmg susah ar nak skor,..so , u akan jimat setahun la compared to your members yg msok asasi or matrix(p/s,mmber batch ktrong drpd 70,mybe sorg je kot yg lpas)…result yg diambil daripada asasi or matrix pula perlulah melepasi 3.8 and above kalo nak join physiotherapy,…so,kalo berani pergi matrix, dipersilakan lah yek,btw,u all kne pikir lak persaingan u lpas nih kalo nak msok fakulti sains kesihatan,..even u skor 4 flat kat mtrx pown, still lagi berisiko nak dapat join faculty nih(farmasi skali,terlupa plak)..hehe….sbb persaingan korg akan lebih meluas selepas matrix (upu juga akan bwat intake dari form 6, post dip from the same programme , n also from post dip kat ipts(example MAHSA stdnt yg smbg deg kat UiTM),all those kind of application comes a the same time..) so, x heranlah kalo u complain result mtrx 4.00,tapi still x dapat health sciences and pharmacy…harap,pertimbangkanlah sewajarnya,kerana result saya pon sama ngan awak jgak dulu, tapi we have another alternative to solve this problem ,..mohon la biasiswa JPA semasa di diploma, so that,when kta abes diploma, kta still bole mnx jpa support 4 our deg or kta bole je wat pinjaman PTPTN utk smbg degree,(kalo x lyak kat UiTM,proposed je tros kat IPTS)…jgan fkirkan ianya x berbaloi dgan result 7A awak msok dip,sbb kami smua pon berada di posisi awak suatu ketika dahulu,.but,trust me,kta hanya terlewat dapat degree setahun drpd mmber2 kta yg amek mtrx,..but,even they get their dip awal drpd kta pon,they still lack of experience,.kan slalu org ckap experience is the best teacher,.so,(bkan sng adik oii.,nak deal ngan manusia nih perlukan ketenangan dan kesabaran,but itulah realiti work as a physiotherapist )..,btw,kami smua yg msok sni, buang smua result kmi tu jawoh2, sbb kta msok nak blaja,bkan nak brbgga dgan result kta yg lpas2,.mmg di prgkat awal ,org akan prsoalkan rasionalnya kta mengambil diploma, but then , FYI, org x tahu ,even diploma in Physiotherapy pon kne result 6A ke atas ,..yg dowg igat, kalo stdnt dip, must be a low class stdent , but we are not that type of person..nnti kalo da msok sni,try to be diffrent from the others..kalo ur friend always with their 3K (kolej-kuliah-kafe),try to be different from the others,.cmne nak buat,renung2 kan dan selamat beramal~~

-tazkirah di pagi hari-..hehe

regards,
MOHD SHAZRUL NAIM,
NAIB PRESIDEN,
SEKRETARIAT MAHASISWA FAKULTI,
FAKULTI SAINS KESIHATAN,
UiTM KAMPUS PUNCAK ALAM

Reply

20 call me fat May 19, 2010 at 6:10 pm

thanx ea……………:)

suke………..
tp menakut kn…….
*lebih2 ag kes saman2 guard 2..hehe

doakan sy kat sane ea…………

p/s; bwu nk masuk taun nie..dpt asasi sains..:)

Reply

21 murshidmurat May 9, 2010 at 8:30 am

emm.. saya nk tya pasal FAST TRACK… saya dpt diploma fisioterapi kt PALAM ni laa.. n sya nk cepatkn pengajian.. sbb x berbaloi dgn spm saya 7A 3B tp buat dip… cmne ttg fast track nii.. mmg pnh dgar o ckp2 sal nih… tp x tau.. cmne nk buat fast track..
kne skor exam ke.. atupon leh mohon cm tu jer…

tq.

Reply

22 cik kedondong May 8, 2010 at 11:38 pm

waaaa…aku rindu hostel kat PALAM, tangga tok mantapkan bontot, library yang aku tak tau pon ade kewujudan die.nasib kete aku xde kene saman or clamp.kalo tak, terbang melayang2 duit.

Reply

23 karl May 8, 2010 at 7:17 pm

RT hananni said…

hahaha..rm 100 saman tuk akan dtg? memang dorang nak gila nak jadi polis trafik gamaknya..haha

aku pernah terfikir gak, ade baiknya kalau pak guard uitm ni dinaiktaraf jadik polis bantuan. Yela, insentif lagi best, boleh pegang pistol, dan yang paling penting bila jadi polis, mentaliti pak guard tu berubah la sikit, akan jadi lagi profesional. Tapi bila dah jadi kes Aminulrasyid ngan sorang lagi budak kat Jelebu kena tembak ngan polis, baek xyah tukar la kot status pak guard tu. Kang silap ari bulan mau ade budak uitm yang berlubang kepala. kah kah kah

Reply

24 ABG May 8, 2010 at 9:13 am

slamat tinggl pak guard..
tak perlu ku amik pas lagi..huhu

Reply

25 Anonymous May 8, 2010 at 12:57 am

saya datang lagi……insan misteri……
ada lagi rahsia puncak alam yg bard xtau lagi

pasal makanan di puncak alam
salah satunya adalah
Ali Rojak…..berhampiran bulatan ke bandar puncak alam

keenakan rojak & segala masakan mamak yg xdapat digambarkan oleh kata-kata
ditambah pula dengan cendol yg mampu membuatkan kita terus tertiod pas makannya….
terBAEK…..

dulu ada satu kedai….(dekat dgn kedai dobi & kedai menjual haiwan di puncak alam)

jual nasi ayam……siap ada kuah black papper
tapi setalah setahun, nasi ayamnya kurang sedap….coz dah xda lagi kuah black papper….

huhuhuhu
anonymous mengundurkan diri….

salam

Reply

26 bEEdLE d' bARd May 8, 2010 at 12:35 am

huhu…siapa anonymous ni? nak tau gak.. =)

aku xpenah merasa pon sup power, ns beriyani gam, n nasi ganja tu.. =(

huhu, nasib baik tima kita masis boleh lagi bawak kereta kan? =)

Reply

27 Anonymous May 7, 2010 at 6:42 pm

salam…..
saje je nak menyebok kat sini bard….
ko lupa kat pasar malam tu ada sup power, ayam uncle bob, nasi beriyani gam

xketinggalan juga dkt foodcourt ada nasi ganja….
sedap….
try la kalu ada masa lapang

berkenaan parkir, MPP ada tlekatkan info
utk pelajar yg dok kat dalam tidak dibenarkan lagi bawa kereta, MPV
cuma yg dibenarkan adalah MPP, JPK Kolej dan final yr student
tapi kalu nak bawa motor xda masalah……

Reply

28 bEEdLE d' bARd May 7, 2010 at 3:08 pm

arkitek nggak ada di palam itu,…hehe…trase pelik naper nak pergi palaM? rasae2nye ape yg menarik kat sane tu ek?

Reply

29 M. Faiz Syahmi May 7, 2010 at 2:42 pm

teringin laa..
akitek ade x.? XP

Reply

30 bEEdLE d' bARd May 7, 2010 at 2:08 pm

hananni: peh, byk gila saman ko kena bayar!! huhu…eh, baru perasan aku x penah kena saman..hehe, poyos!!

fia- sy pun dah abes.. =)

faiz: waa, bair btol teringin mau pg palam..a.da fakulti lain gak..

Reply

31 fia May 7, 2010 at 10:42 am

saya pun dah habis.. ^0^

Reply

32 M. Faiz Syahmi May 7, 2010 at 10:42 am

haha.
ni yang rasa nak pegi PALAM ni.!
eh, Palam ni mmg ada Pharmacy je ke.?
sbb banyak orang dari palam yg aku kenal bakal Pharmacist. >.<

Reply

33 hananni May 7, 2010 at 6:55 am

nk tambah pasal saman menyaman dr pak guard ye..smalam ak g byar 3 ketol saman kat "ghost rider", satu kesalahan rm 25 kau! tesedak dgr tyme2 tu gak..kalo blh mintak r diskaun..w'pon mule2 die kate xleh, tp akhirnye die bg la gak diskaun…total ak byar saman smalam–> rm40..cjup2 duet dlm dompet..nseb ckup duet tol nk blk umah..hehe..

lagi satu..en razak(ghost rider) ad kate, mungkin kompaun akn dinaekkan..kesalahan lalulintas spt parking d bahu jln mahupon d petak yg xdibenarkan, harge saman adelah rm 100..kalo kesalahan pemakaian, rm 50..so..ikotlah peraturan ye rakan2 jika xmahu kepale korg botak membayar saman..naseb bek ak dh abeh blaja..wahahaha..alhamdulillah..

Reply

Previous post:

Next post: