Home » Natural Birthing » Homebirth dan Waterbirth. Apa Pandangan Anda?

Homebirth dan Waterbirth. Apa Pandangan Anda?

posted in: Natural Birthing | 13

Assalamualaikum.

Ammar dah sepuluh bulan dah. Cepat betul masa berlalu. Dan tiba2 je saya teringat balik pengalaman bersalin yang tak mungkin akan dilupakan ni. Bila baca balik entri tu, saya akan rasa menyesal sangat2 dengan kebodohan diri sendiri. Sebab apa?

Sebab kurangnya ilmu mengenai natural/gentle birthing sehingga menyebabkan diri sendiri kena induced, air ketuban dipecahkan secara paksa, bersalin dalam posisi baring yang sebenarnya sangat2 tidak efektif, dan lepastu siap kena episiotomi lagi.

Saya tak salahkan doktor, nurse, atau pusat bersalin pilihan saya tu. Tapi saya salahkan diri sendiri, yang masa mengandung 9 bulan tu hanya sibuk survey nak beli barang apa (Spectra3, Set Bersalin, Cloth Diapers) dan nak bersalin kat mana. Masa tu langsung tak terfikir nak menggali ilmu tentang natural birthing. Betapa ruginya saya!

Dan bila dah selamat bersalin, saya ada persoalkan pada Cik Abang macam manalah orang yang bersalinkan anak luar nikah tu boleh bersalin seorang diri dalam tandas la, dalam bilik la, kat tengah padang la. Sedangkan saya lupa yang proses bersalin itu sebenarnya satu proses semulajadi. Dan Allah telah mencipta kaum Hawa ni dengan sebaik-baik ciptaan yang membolehkan kita untuk bersalin di mana-mana sahaja. Malu sangat rasanya bila fikir balik saat tu. Sebabnya saya meletakkan kepercayaan pada orang luar untuk membantu saya bersalin. =(

Bila dalam pantang, barulah saya terjumpa dengan satu group di Facebook tentang homebirth dan waterbirth ni. Saya selalu lepak2 di group tu, tetapi selalunya sebagai silent reader. Dan dari group tu saya dapat macam2 ilmu baru. Tapi sebenarnya terlalu banyak lagi rupanya benda yang saya tak tahu.

Kalau ada rezeki untuk dapat anak kedua, saya nak bersalin di rumah. Dan kalau boleh nak bersalin dalam air. Saya pernah bincangkan perkara ini dengan Cik Abang, dan respon yang dia bagi “Kalau bersalin dalam bathtub muat tak?” Hehe. So itu maksudnya green light, kan? =)

Entri ini bukanlah untuk mengajak korang2 semua untuk bersalin di rumah. Cuma saya nak tekankan yang korang kena baca sendiri, cari ilmu, dan cari kaedah yang paling sesuai buat korang. Jangan jadi seperti saya, menyesal di kemudian hari.

Ingat tu, baca, baca, dan baca!

Panduan Selepas Bersalin Untuk Ibu Muda

Rahsia Mudah Hamil Terbongkar!

13 Responses

  1. Ummi Hanie
    | Reply

    kebiasaaanya ank pertama ni mesti kena induced dan episiotomi bagai… sy siap cucuk epidural lg..yelah, tak tau ape2 sgt kan…

    bersalin the latest ni sebolehnya mmg nak elakkan induced, nurse pun ikut kehendak kita tp nk buat mcmmana dah bby tak mau keluar2, so terpaksalah induced sikit utk gesa dia keluar…karang lemas lg susah pulak

    uhh…sy masih xberani bersalin di rumah… hehe..waterbirth tu, kakak sy ade la pengalaman 2 kali di New zealand…
    Ummi Hanie recently posted..Keputusan SPM 2012My Profile

  2. [...] baca tak entri “Homebirth dan Waterbirth” ni? Dalam entri tu saya ada cakap yang posisi baring semasa bersalin adalah tidak efektif. [...]

  3. titan
    | Reply

    erkk..gua tak berapa faham. haha..
    titan recently posted..Anak kura-kura yang kacakMy Profile

  4. anif
    | Reply

    Err.. Dulu saya lahir pun kat rumah!
    anif recently posted..Mozilla Firefox 11.0My Profile

  5. kimmie
    | Reply

    memang ilmu sangat penting, tak kira tentang apa pun, bila ada ilmu pengetahuan, insya allah akan jadi lebih mudah. Dulu masa kerja kat tmpt lama, saya dikelilingi oleh ibu-ibu. Masa mula-mula rasa macam tak kena je duduk dalam kelompok mereka, yelah kalau cerita pasal masa bersalin la, pasal anak la. Ada seorang kakak tu cakap dengan saya, tak pe..walaupun saya belum melalui semua itu, tapi saya dapat pengalaman dari cerita2 mereka, akan berguna di masa hadapan kan.
    kimmie recently posted..Informasi: 20 top brand tahun 2011.My Profile

  6. asas
    | Reply

    sebenarnya gentle birth ni xsemestinya bersalin kat umah..tp boleh di mana2 saje dipraktikkan seperti office,lapangan terbang dan sebagainya..paling penting boleh bersalin di hospital yer..carilah hospital yg ada sokongan gentle birth..biasanya private klau xder pun,tp kita request,dia org xder masalah..cuma nak mencari gov hospital nie payah..tp boleh jer,,kiat jumpa dgn doktor pakar mana O&g goverment yg sudi tandatangan dan meluluskan birth plan kita nie.dh ramai yg bersalin kat giv hospital guna cara nie..cuma xmeluas jer..kos dia satu sesi xsilap saya dlm RM780++ atau lebih..dia ada banyak sesi kelas..pasal harga ni waallahualam..tp os utk kelas ni mmg mahal lah.klau komited dgn birth plan nie,kita save byk duit klau pilihanbersalin kita kat private..tp klau nk bersalin kat gov hospital,mmg lah kos utk kelas ni mahal..tp ramai jer yg juz buat rujukan,kajian serta permahatian dr video gentle birth,waterbirth,beli bukau dan menyertai group tp xambik kelas..mereka belajar bergitu..then bersalin kat umah/hospital..tp klau xambik kelas,better u siap2 kat hospital..cuma klau sakit dh nk bersalin,diam2 jerlah..cuna kawal pernafasan kita agar lebih relaks..so klau kita xbising kata sakit atau baby nak keluar,nuse dgn doktor xtahu..so baby leh keluar secara semulajadi..saya menyokong gentle birth atau water birth nie..waterbirth xsemestinya dlm bathtub..tp dlm swimming pool portable pun boleh..klau joint group gentle birth,siap leh request pengajar dlm sesi yg kita ikut utk dtg umah assist kita..tp depends pd tempat gak lah..waallahualam..

  7. muazfaris
    | Reply

    erkk
    muazfaris recently posted..Tip naikkan PageRank Blog PR2My Profile

  8. kulanz
    | Reply

    Tempat kami kalau isteri nak bersalin tiada pilihan lain kena juga buat di hospital.. doktor tak benarkan home birth..
    kulanz recently posted..Permohonan Maktab Perguruan KPLSPM 2012My Profile

  9. zie fauzi
    | Reply

    dgr kata kos untuk bersalin cara ni mahal… :) tp tak salah mencuba kalau mampu kan…
    kak dulu pun induced jgk sbb masalah air ketuban kurang.. tp alhamdulillah, proses dan sakit nak bersalin tu x lama serta mudah.. mungkin jgk sebab kak aktf dulu..
    org ckp anak pertama boleh ambil masa sampai 18jam prosesnya,,,
    zie fauzi recently posted..My Pinky MomentsMy Profile

  10. akubiomed
    | Reply

    Elok bersalin ada pengawasan doktor dan jururawat kalau ada kompilkasi boleh terus bertindak. Faham-fahamlah ambulan ambil masa untuk sampai ke rumah kerana terperangkap didalam kesesakkan lalulintas.
    akubiomed recently posted..Membidik di Pesta Belon Udara Panas Putrajaya 2012My Profile

  11. azura
    | Reply

    waterbirth macam Dr Halina katanya sakit bersalin dapat dikurangkan…cubalah dan rasai perbezaaanya
    azura recently posted..Jejaka Idaman KamuMy Profile

  12. paihujey
    | Reply

    waterbirth yg macam isteri Dr.Syeikh Muzafar yang buat kan..hehe..tapi kos dia bape plak kak bard?
    paihujey recently posted..EkonomiMy Profile

    • honey
      | Reply

      msa yg whi interview dr harlina wife syeikh muzafar tu die kte cost cume rm 500..xla mahal sgt kot..n mmg ade pengawasan..sy pn cmtu..ingin mencube utk ank kedua if ade rezki..

Leave a Reply

CommentLuv badge