my business

Previous post:

Next post:

Sinopsis Drama Setia Hujung Nyawa | Slot Akasia TV3

by Puan Bardboo on January 7, 2013

Assalamualaikum.

Nampak gayanya, sekarangni saya dah kena rajin-rajin mencari cerita-cerita Melayu baru untuk ditonton di rumah, supaya Bonda tak rasa bosan. Ye la sejak Bonda dah sampai Toulouse ni, tengok TV je la yang Bonda boleh buat untuk hilangkan kebosanan. Kang kalau saya bukak TV Perancis, boleh tertidur di buatnya. Sebab tak faham bahasanya. Hehe.

Dan buat masa sekarang, selain melayan drama Adam dan Hawa, kami dah terjebak dengan satu lagi drama bersiri Melayu, iaitu drama Setia Hujung Nyawa. Buat setakat beberapa episod yang dah tengok ni, memang best la. Suka sangat tengok lakonan hero dan heroin cerita ni. Nak tahu sinopsis cerita? Jom baca di bawah. (Sinopsis diambil dari blog Budiey)

Setia Hujung Nyawa

Sinopsis drama Setia Hujung Nyawa

Mengisahkan kehidupan Zain yang berubah sekelip mata setelah ditinggalkan kekasihnya, Sofea, seminggu sebelum berlangsungnya majlis perkahwinan mereka. Demi menjaga maruah keluarga dari dicaci orang, ibu Zain iaitu Datin Adibah mengambil keputusan untuk menyatukan Zain dengan Ersalina yang merupakan anak gadis kepada rakannya, Puan Haliza.

Meskipun di pandangan mata kasar Datin Adibah pertolongan yang dihulurkan oleh Puan Haliza nampak mulia, namun hakikatnya Puan Haliza mempunyai agenda tersendiri apabila dia ingin menggunakan Zain sebagai pak sanggup untuk menutup dosa Ersalina yang kini sedang hamil anak luar nikah bekas kekasihnya.

Pada awal perkahwinan, amat sukar buat Zain dan Ersalina menyesuaikan diri. Tambahan pula Ersalina masih bersikap keanak-anakan manakala Zain pula seorang yang tidak penyabar. Meskipun mereka tidak tidur sekatil dan sering berselisihan faham, namun mereka akan berlagak seperti pasangan romantis di hadapan keluarga masing-masing.

Setelah dua bulan berkahwin barulah Zain dan Ersalina mencapai persefahaman dan cinta mula berputik di antara mereka berdua. Tetapi belum sempat menikmati kebahagian rumahtangga, rahsia kehamilan Ersalina terbongkar apabila dia mengalami keguguran. Zain amat kecewa dan mula melayan Ersalina seperti sampah. Maka bermulalah babak baru kesengsaraan hidup Ersalina.

Sementara itu, Datin Adibah yang tidak menyangka Ersalina tergamak menjadikan Zain sebagai pak sanggup telah menghalau Ersalina dan menghasut Zain untuk menceraikan isterinya. Malah Datin Adibah juga telah memperkenalkan Eriza kepada Zain. Adakah Zain akan terus setia pada Ersalina atau cintanya akan beralih arah pada orang baru iaitu Eriza? Apakah kesudahan bagi cinta Zain dan Ersalina?

Jangan ketinggalan untuk menyaksikan SETIA HUJUNG NYAWA menerusi slot Akasia mulai 24 Disember 2012, setiap hari Isnin hingga Khamis jam 7.00 malam, hanya di TV3! Penonton yang terlepas menyaksikan SETIA HUJUNG NYAWA boleh menontonnya melalui laman sesawang Tonton di www.tonton.com.my dan juga layari Facebook & Twitter tv3malaysia untuk mendapatkan berita terkini.

Artikel berkaitan:

– telah menulis sebanyak 796 entri untuk Blog Bardboo.

Penulis merupakan seorang wanita yang sudah berumahtangga dan mempunyai seorang cahayamata. Buat masa sekarang, penulis dan keluarganya menetap di Toulouse, Perancis. Blog Bardboo ini digunakan sebagai tempat untuk penulis mencatatkan kisah hidupnya di perantauan. Penulisan di blog ini merupakan inisiatif penulis sendiri, dan sebagai perkongsian dengan semua.

{ 25 comments… read them below or add one }

1 munirah January 15, 2013 at 9:44 am

best kan cite ni..tapi tu la..waktu2 nak solat plak tu..

jom xchange link
munirah recently posted..Weekend Aku lupakan kamuMy Profile

Reply

2 mie January 15, 2013 at 3:38 am

selalu layan sekejap sekejap je…
baca sinopsis kat sini pun dah cukup..
eheheehehehe
mie recently posted..Pulau Bunting Kedah Pulau TergendalaMy Profile

Reply

3 puteri kasih January 13, 2013 at 10:48 pm

tak sempat nak follow sangat drama ni..hukk
puteri kasih recently posted..Chipmunk & Barney : Simple GiveawayMy Profile

Reply

4 syamila January 12, 2013 at 7:15 am

ala…masa yg tak sesuai…pukul 7 la masa yg paling sibuk…. :-(
syamila recently posted..Baby BulletMy Profile

Reply

5 Myra Jay January 10, 2013 at 4:08 pm

Ala dah banyak episod terlepas citer ni..

Nak tonton pun tak sempat :D
Myra Jay recently posted..Hadiah Anniversary yang ke-3 tahunMy Profile

Reply

6 ohcikgu January 10, 2013 at 3:44 pm

sejak masuk sekolah semula ni..dah tak rajin layan drama. takde masa sangat dah..
ohcikgu recently posted..Keputusan Top 10 Link Refeerer MatRuncit.myMy Profile

Reply

7 hairulafiz January 9, 2013 at 2:24 pm

isteriku suka sangat citer ni…
hairulafiz recently posted..Wordless Wednesday # 11 : Besarnya buah nangka tu!My Profile

Reply

8 Puan Bardboo January 10, 2013 at 6:42 am

best gak layan cerita ni…
Puan Bardboo recently posted..Sinopsis Drama Setia Hujung Nyawa | Slot Akasia TV3My Profile

Reply

9 hairulafiz January 10, 2013 at 2:23 pm

semalam je tak dapat tengok pasal gi beli barang dapur
hairulafiz recently posted..Gelagat AimanMy Profile

Reply

10 Ummi Hanie January 8, 2013 at 3:58 pm

seti ahujung nyawa ni yg Shahrizal Jaszle berlakon tu ke? atau drama lagi satu tu… konfius lak sbb jarang dah layan drama…

owh, bonda dah di Perancis ye.. seronoklah Bard ;)
Ummi Hanie recently posted..Temujanji dengan si gadis Palestin yang comelMy Profile

Reply

11 Puan Bardboo January 10, 2013 at 6:44 am

bukan kak..yang tu cerita lain…huhu..

haah bonda ada kat sini sekarang..memang best sangat2… =)
Puan Bardboo recently posted..Sinopsis Drama Setia Hujung Nyawa | Slot Akasia TV3My Profile

Reply

12 donnyien January 8, 2013 at 10:07 am

hai bardboo,
sekali-sekala layan drama Melayu memang best, petang ni mungkin akan turun ke panggung wayang tengok apa cerita menarik =D
donnyien recently posted..Impian baru seorang bloggerMy Profile

Reply

13 Puan Bardboo January 10, 2013 at 6:47 am

bestnya pergi tengok wayang.. =)
Puan Bardboo recently posted..Sinopsis Drama Setia Hujung Nyawa | Slot Akasia TV3My Profile

Reply

14 titan January 7, 2013 at 8:22 pm

rajinnya buat sipnosis ekk..
titan recently posted..Komisen ke 9 dari Jobdirumah.comMy Profile

Reply

15 Puan Bardboo January 10, 2013 at 6:47 am

dah tak de kerja..haha..
Puan Bardboo recently posted..Sinopsis Drama Setia Hujung Nyawa | Slot Akasia TV3My Profile

Reply

16 Juan January 7, 2013 at 3:43 pm

banyaknyer drama, saya dah la lama x tgk TV
Juan recently posted..World Blogger & Social Media Award 2013 – Blog Wanwidget TercalonMy Profile

Reply

17 Puan Bardboo January 7, 2013 at 5:37 pm

saya pun jarang gak tengok tv ni..tapi sejak bonda ada kat sini, melayan la jugak..
Puan Bardboo recently posted..Sinopsis Drama Setia Hujung Nyawa | Slot Akasia TV3My Profile

Reply

18 zie fauzi January 7, 2013 at 12:28 pm

terjebak jgk dgn cerita ni…
zie fauzi recently posted..Program Get Malaysian Business OnlineMy Profile

Reply

19 Puan Bardboo January 7, 2013 at 5:38 pm

hehe…best kan kak?
Puan Bardboo recently posted..Sinopsis Drama Setia Hujung Nyawa | Slot Akasia TV3My Profile

Reply

20 lin azlina January 7, 2013 at 11:40 am

kalau xpenah miss tgk citer konpem best jer citer2 melayu ni
lin azlina recently posted..Peplum Saloma di Konvo ALAMMy Profile

Reply

21 Puan Bardboo January 7, 2013 at 5:38 pm

betul gaak tu kan..saya pun baru sekarang nak start2 melayan drama…dulu tak pun..huhu…
Puan Bardboo recently posted..Sinopsis Drama Setia Hujung Nyawa | Slot Akasia TV3My Profile

Reply

22 UmmiKami January 7, 2013 at 10:04 am

Kain kebaya berlekuk biku,
Tongkah di dada terang bersulam;
Ingin saya mengetuk pintu,
Mungkinkah ada orang di dalam. :D
UmmiKami recently posted..Pantun Ada Lagu Dalam Pantun..^^,My Profile

Reply

23 Puan Bardboo January 7, 2013 at 5:40 pm

salam kenal dari saya..

alahai saya tak tahu nak berbalas-balas pantun..hehe…tapi terima kasih ye sudi singgah ke blog ni.. =)
Puan Bardboo recently posted..Sinopsis Drama Setia Hujung Nyawa | Slot Akasia TV3My Profile

Reply

24 syaifuddin alias January 7, 2013 at 9:41 am

menarik cter ni..tp apa kn daya tak dpt tengok..huhu

Reply

25 Puan Bardboo January 7, 2013 at 5:41 pm

tak pa..banyak lagi kerja lain boleh dibuat kan..
Puan Bardboo recently posted..Sinopsis Drama Setia Hujung Nyawa | Slot Akasia TV3My Profile

Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge