Ajar Ammar Membaca Menggunakan Flash Card

by Bardboo on January 20, 2012 · 38 comments

Assalamualaikum.

Sekarang Ammar dah masuk lapan bulan, dan saya dah mula untuk mengajar Ammar membaca dengan memperkenalkan dia kepada flash card (kad imbasan). Mungkin ada yang beranggapan Ammar masih terlalu kecil, tapi bagi saya, tidak salah rasanya. Saya bukan paksa dia untuk belajar pun, sebabnya saya akan jadikan proses ini seseronok yang boleh.

Sebenarnya dah lama saya buat kajian untuk mengajar bayi membaca ini. Dan semangat untuk mengajar Ammar pun berkobar-kobar dah. Terus ajak Cik Abang untuk pergi beli kertas keras dan marker pen. Saya buat sendiri je flash card untuk Ammar ni, malas nak beli.

Tapi lepas dah beli barang2 ni semua, Ammar tak sihat plak. So tangguh dulu sesi pembelajaran sampai Ammar betul2 sihat. Takkan lah tengah hingus dia meleleh-leleh tu pun nak suruh gak dia tengok flash card ni kan? Kejam sungguh. Huhu.

Bermula dari semalam, saya dah tunjukkan Ammar dengan lima perkataan, dan diulang sebanyak tiga kali dalam sesi yang berlainan. Hari ini saya akan tambah lagi satu set yang mempunyai lima perkataan, juga akan ditunjukkan sebanyak tiga kali.

Ada yang beranggapan bayi yang diajar dengan cara ini bukannya betul2 pandai membaca pun, tapi lebih kepada hafalan semata-mata. Mungkin betul juga fakta tu. Tapi tak salah mencuba. Sekurang2nya dapat menjana daya ingatan yang kuat. Tak gitu?

Dan ada juga yang mengatakan dengan mengajar bayi terlalu awal ini seolah-olah kita mengambil keseronakan zaman kanak-kanak. Hurm, setiap orang ada pandangan dan pendirian masing2. Dan setiap orang ada cara dia yang tersendiri untuk mendidik anak-anak.

Bagi saya, saya memang nak ajar Ammar membaca cepat. Sebabnya saya nak tanamkan minat membaca dalam diri Ammar. Biar dia lebih dekat kepada buku, daripada dekat kepada benda2 lain yang melalaikan. Nanti Ammar bolehlah temankan Mama baca buku, kan sayang?

Pendapat korang pula macam mana? Jom berbincang!

Google+

Related posts:

  1. Buku Cerita Kanak-Kanak Untuk Ammar
  2. Bila Izz Ammar Meragam
  3. Wordless Wednesday #01: Izz Ammar & Mama
  4. Ammar Kena Tinggal!
  5. Izz Ammar Anak Kami
  6. Izz Ammar Dah Lima Bulan
  7. Ammar’s First Solid Food

– sudah menulis sebanyak 713 artikel untuk Blog Bardboo.

Penulis merupakan seorang wanita yang sudah berumahtangga dan mempunyai seorang cahayamata. Buat masa sekarang, penulis dan keluarganya menetap di Toulouse, Perancis. Blog Bardboo ini digunakan sebagai tempat untuk penulis mencatatkan kisah hidupnya di perantauan. Penulisan di blog ini merupakan inisiatif penulis sendiri, dan sebagai perkongsian dengan semua.

{ 38 comments… read them below or add one }

cikCT April 24, 2012 at 6:10 pm

blogwalking…bagus usaha mama Ammar ni..saya pun stat kenalkan anak dari usia baby lagi. memang pada awalnya dia menghafal..tapi itu merupakan salah satu cara yg kita panggil whole word approach..
kalo berminat nak cari buku2 islamik utk kanak-kanak boleh tengok kt page cikCt… :)
https://www.facebook.com/media/set/?set=a.3614597450845.160310.1451076826&type=3

Reply

mimie January 30, 2012 at 2:04 pm

Saya pun tgh buat research cemane nak start ajar my baby reading…anak saya baru 6bulan, tapi thru my research boleh start as early as can..

Reply

Mama adam January 30, 2012 at 8:33 am

Bagus sangat usaha ni. Ammar akan menghafal buat permulaan. Tapi, lama-kelamaan, otaknya akan dapat tangkap pattern. Ini akn memudahkan dia membaca di kemudia hari.

Utk anak saya dulu, saya ajar juga sikit2. Vocab dia alhamdulillah. Jauh berbanding cousin yang dah masuk sekolah.
Mama adam recently posted..Field Trip To Petrosains KLCCMy Profile

Reply

ciksembang January 29, 2012 at 4:07 pm

masukkan elemen grafik kat flash card ..
ciksembang recently posted..Aqil di Motivasi Alihan Pelajar Day 1My Profile

Reply

Juan January 28, 2012 at 4:10 pm

wahhh, mesti cepat pintar nih
Juan recently posted..Latest Western Actor May Convert to IslamMy Profile

Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post: