Memori Beraya di Toulouse

August 13, 2013

Assalamualaikum.

Salam Aidilfitri buat semua. Dah beberapa hari masuk bulan Syawal, baru hari ni terasa nak update cerita pasal raya di blog ini. Cerita beraya di perantauan ni mestilah kena letak di blog, sebab ini pengalaman pertama kami Raya Aidilfitri di sini.

Alhamdulillah, meriah juga beraya di sini walaupun jauh dari keluarga dan saudara-mara. Untuk juadah jamuan raya, kami bahagi-bahagi tugas untuk memudahkan kerja. Saya pilih untuk buat kuah kacang dan nasi impit. Saya mula rebus nasi impit dari pukul 6 petang, sampai ke pukul 3 pagi. Lepastu, baru buat kuah kacang. Ya, jadi burung hantu malam tu. Paginya tu saya ada lah juga ambil masa untuk tidur sekejap.

Pagi raya tu, kelam-kabut jugalah kami nak potong nasi impit dan nak bersiap. Biasalah, bekerja dengan dua orang anak kecil, memang hura-hara sikit jadinya. Hehe. Sebelum keluar rumah, sempat juga bersalam raya. Ammar tengok je Mama salam Papa. Lepastu dia terus datang dan peluk Mama dia ni. Wah, terharu! Ok, duit raya pergi minta kat Papa ye. Hehe. =)

Jamuan raya kami ini dibuat di dewan IAS, di rumah lama kami. Berkumpul ramai-ramai macam ni, memang sedap dapat makan macam-macam dan berborak. Sebelum ini saya selalu terbayangkan yang saya akan menangis teruk di pagi raya, tapi rupanya tak! Ok, mungkin saya dah jadi bertambah kental sejak ada anak dua ni.

Apa-apa pun, jomlah layan gambar raya ini ye. Ini raya sempoi namanya.

Gambar famili

Ammar dan Hadif

Aneesa dan Mama

Aneesa dan Papa

Geng-geng Adam

Geng-geng Hawa

Dapat duit raya Euro!

– telah menulis sebanyak 818 entri untuk Blog Bardboo.

Penulis merupakan seorang wanita yang sudah berumahtangga dan mempunyai sepasang cahayamata. Buat masa sekarang, penulis dan keluarganya menetap di Toulouse, Perancis. Blog Bardboo ini digunakan sebagai tempat untuk penulis mencatatkan kisah hidupnya di perantauan. Penulisan di blog ini merupakan inisiatif penulis sendiri, dan sebagai perkongsian dengan semua.

Leave a Comment

CommentLuv badge

{ 14 comments… read them below or add one }

1 estri March 30, 2014 at 5:20 pm

Jadi pengen merasakan ber hari raya di negeri orang juga nih..
estri recently posted..Perbedaan Cokelat Hitam Dan Cokelat PutihMy Profile

Reply

2 hanari October 24, 2013 at 1:16 pm

menjadi pengalaman yang sanget berbeda tentunya bisa berhari raya di negeri orang.
hanari recently posted..Efek Kemoterapi untuk Keluarga PasienMy Profile

Reply

3 Ummi Hanie August 21, 2013 at 5:20 pm

slmt hari raya Bard…

wah bestnye dpt duit raya Euro. kami paling2 anak2 dpt duit raya Singapore Dollar.
Ummi Hanie recently posted..Sotong bakar ajaibMy Profile

Reply

4 Hazmin Hamudin August 17, 2013 at 7:10 pm

Bukan senang nak ada pengalaman beraya macam ni, jauh daripada keluargakan.
Hazmin Hamudin recently posted..Dah Tiba Masa Untuk Servis KeretaMy Profile

Reply

5 ema August 16, 2013 at 12:04 pm

tetap ada sambutan hari raya di sana….
ema recently posted..Mangsa mudah.myMy Profile

Reply

6 Mohd Shubhi August 15, 2013 at 3:26 pm

La nostalgie revient dans ma memoir…heureux Eid Al Mubaraq !
Mohd Shubhi recently posted..Erti ‘Hidup Ringkas’ bagi andaMy Profile

Reply

7 Juan August 15, 2013 at 2:37 pm

salam, selamat hari raya, maaf out of topic skit, akan buat watermark kat gambar pakai apa? Jom singgah, ada artikel baru post, hehehe
Juan recently posted..Berhari Raya Dengan Nasi Hujan PanasMy Profile

Reply

8 Puan Bardboo August 15, 2013 at 2:44 pm

wsalam..untuk letak watermark tu saya guna software photoscape je…mudah…
Puan Bardboo recently posted..Memori Beraya di ToulouseMy Profile

Reply

9 Alin Marlini August 15, 2013 at 2:18 pm

seronok lihat org beraya diperantauan….
Alin Marlini recently posted..Suasana Hari Raya 2013 (Part 1)My Profile

Reply

10 Puan Bardboo August 15, 2013 at 2:45 pm

tapi saya lagi seronok tengok orang3 yang beraya di malaysia…meriah…
Puan Bardboo recently posted..Memori Beraya di ToulouseMy Profile

Reply

11 Rina August 15, 2013 at 12:10 pm

Sebuah memory dan cerita yang sangat seru bisa menikmati hari raya di Perancis sana..
Nice share :)
Rina recently posted..Best List of Free Download Responsive Themes for Blog, Business, Magazine WordPressMy Profile

Reply

12 Puan Bardboo August 15, 2013 at 1:41 pm

terima kasih…sekadar perkongsian… =)
Puan Bardboo recently posted..Memori Beraya di ToulouseMy Profile

Reply

13 akubiomed August 14, 2013 at 1:01 am

Memori indah beraya diluar negara. Selamat menyambut Hari Raya dan Maaf Zahir Batin.
akubiomed recently posted..Wordless Wednesday – Salam LebaranMy Profile

Reply

14 Puan Bardboo August 15, 2013 at 1:43 pm

selamat hari raya juga dari kami sekeluarga..
Puan Bardboo recently posted..Memori Beraya di ToulouseMy Profile

Reply

Previous post:

Next post: