Home » Kehamilan » Cara Kira Tarikh Bersalin

Cara Kira Tarikh Bersalin

posted in: Kehamilan | 12

Assalamualaikum.

Setiap orang yang mengandung mesti nak tahu bila tarikh jangka bersalin, kan? Bukan setakat ibu mengandung je, suami, ahli keluarga, dan kawan-kawan pun mesti nak ambil tahu juga bila bayi baru bakal dilahirkan. Itu yang masing-masing sibuk nak tahu cara kira tarikh bersalin. Hehe.

Kenapa penting untuk kita tahu tarikh jangka bersalin ini? Tarikh ini penting sebab memudahkan kita untuk merancang. Macam-macam benda perlu dirancang. Nak merancang jadual cuti, nak merancang jadual perjalanan dan percutian, nak merancang kewangan, dan macam-macam lagi la.

Tapi kita harus ingat, yang tarikh ini hanyalah tarikh jangkaan semata-mata, bukannya TARIKH WAJIB untuk bayi itu lahir. Dah nama pun tarikh jangkaan bersalin (estimated due date -EDD). Jangan sampai kalau dah terlambat satu hari pun dah risau semacam sampai nak pergi jumpa doktor untuk induce (seperti kes saya masa bersalinkan anak pertama dulu). Kawan-kawan semua jangan jadi macam saya ya. Bagi bayi masa untuk matang sepenuhnya dalam perut ibu. ^_^

estimated due date
Tarikh jangka bersalin

Ok berbalik kepada tajuk asal, iaitu cara kira tarikh bersalin. Untuk kira tarikh jangka bersalin (EDD), kita perlu tahu tarikh hari pertama kita datang haid buat kali terakhir (last menstrual period – LMP). Kita perlu tambah 7 hari, tolak 3 bulan, dan tambah 1 tahun untuk tarikh tersebut. Contohnya hari pertama LMP kita adalah pada 9 April 2012, maka tarikh jangka bersalin adalah:

9 + 7 hari = 16

4 – 3 bulan = 1

2012  + 1 tahun = 2013

Dan hasilnya adalah 16 Januari 2013. Tapi harus diingat yang pengiraan macam ini hanya sesuai untuk wanita yang mempunyai kitaran haid (menstrual cycle) sebanyak 28 hari. Macam saya, sebelum mengandungkan Ammar, memang kitaran haid tetap 28 hari. Tapi sejak bersalin, kitaran haid jadi tungang-langgang, dah jadi dalam 30 hari. Jadi susah sikit nak kira secara manual.

Kalau pening nak kira manual, saya cadangkan guna calculator online yang disediakan DI SINI, sebab boleh kira berdasarkan tarikh kitaran haid individu. Kalau calculator di web-web lain selalunya menggunakan kitaran 28 hari.

Rahsia Mudah Hamil Terbongkar!

12 Responses

  1. norsyakirah
    | Reply

    ksy period 1.7.2013..kitaran x menentu.kadang2 32@35

    mcm mane nak tau edd

  2. pakar seo
    | Reply

    My brother recommended I might like this website. He was entirely right.
    This post actually made my day. You can not imagine simply how much time
    I had spent for this info! Thanks!
    pakar seo recently posted..pakar seoMy Profile

  3. mastura
    | Reply

    hai,,,saya nak tanya hari pertama priod 1/3/2013
    mcm mana nak kira masa untuk bersalin

  4. Rina
    | Reply

    Infonya sangat bermanfaat nie
    terima kasih mbak
    Rina recently posted..Best List of Free Download Responsive Premium Blogger TemplatesMy Profile

  5. [...] memudahkan kita untuk merancang. Jadi mari kita belajar cara kira tarikh bersalin yang mudah ini.Setiap ibu mengandung mesti nak tahu bila tarikh bersalin. Tarikh ini penting sebab memudahkan kita …Setiap ibu mengandung mesti nak tahu bila tarikh bersalin. Tarikh ini penting sebab memudahkan kita [...]

  6. syaifuddin alias
    | Reply

    biar saya kirakan..kang tak cukup sebln pulak..haha
    syaifuddin alias recently posted..PenMerah.com Penaja ke-9 SEO ExtravaganzaMy Profile

  7. hairulafiz
    | Reply

    sang suami pun kena amik tau ni untuk perancangan cuti…
    hairulafiz recently posted..2012 Tahunku Yang KacakMy Profile

  8. cik tom
    | Reply

    bgs bt psediaan utk para ibu n bapa..
    cik tom recently posted..3 Blog Pilihan TerbaikMy Profile

  9. Jebeng Otai™
    | Reply

    penting gak kira2 ni..leh apply cuti awal.. :)
    Jebeng Otai™ recently posted..Cubaan HackMy Profile

  10. kimmie
    | Reply

    jadi tahun depan la Bard bersalin ye…dah tak lama tu
    kimmie recently posted..iPhone 5 gadget impianMy Profile

  11. akubiomed
    | Reply

    Perkongsian menarik. Persediaan untuk ibubapa yang bakal menyambut kelahiran anak mereka.
    akubiomed recently posted..Cabaran sebagai peserta SEOMy Profile

  12. Eizil
    | Reply

    Info yang menarik, buat masa ni masih tiada keperluan untuk perkiraan ni, semoga akan perlu mengira dalam masa terdekat. :D
    Eizil recently posted..Peraturan Lama Blogging yang Akan Membunuh Pembaca – Bahagian 2My Profile

Leave a Reply

CommentLuv badge