Home » Keibubapaan » Kerana Aku Seorang Ibu

Kerana Aku Seorang Ibu

posted in: Keibubapaan | 23

Assalamualaikum.

Salam Jumaat buat semua. Di hari yang baik ini, marilah kita buat renungan bersama-sama. Semoga dapat menambahkan rasa kasih dan sayang kita kepada ibu kita. InsyaAllah.

Pernah tak kita terfikir betapa besarnya pengorbanan ibu kita? Mula-mula ibu kita mengandungkan kita. Dari saat ibu mula mengandung, macam-macam yang perlu ibu lalui. Muntah-muntah, mual-mual, panas badan, susah nak tidur, kejang kaki, dan macam-macam lagi. Dan daripada badan yang kurus, ibu kita bertambah beratnya dari masa ke semasa. Tapi ibu tetap gigih membawa kita ke mana saja dia pergi. Semakin besar kandungannya, semakin banyak yang ibu perlu lalui. Berjalan sikit dah mengah, sakit pinggang, sakit belakang. Tapi ibu pasti akan tetap tersenyum gembira bila merasa pergerakan kita dari dalam perutnya.

Dan bila sudah cukup usia kandungan, ibu pun akan mula merasa kesakitan untuk melahirkan kita. Makin lama, sakit itu makin memuncak. Tapi ibu tetap akan berusaha untuk mengeluarkan kita, walaupun terpaksa bergadai nyawa. Jika di masa itu ibu perlu memilih antara nyawanya dan nyawa anaknya, si ibu pasti akan memilih nyawa anaknya. Ya Allah, betapa besarnya kasih sayang ibu! Walaupun sakit untuk melahirkan, tetapi si ibu pasti akan tersenyum gembira bila anaknya sudah melihat dunia dan kedengaran tangisannya yang pertama. Subhanallah, inilah bukti kekuasaan-Mu ya Allah.

Belum sempat lagi hilang sakit dan penatnya melahirkan kita, si ibu diduga pula dengan cabaran untuk menjaga kita di dalam pantang. Masalah bengkak susu, itu perkara biasa. Bagaimana rasa sakitnya? Rasanya cuma orang yang pernah melaluinya saja akan faham betapa sakitnya bengkak susu. Bukan setakat itu, kadang-kadang anak yang baru dilahirkan itu tidak mahu berenggang dengan si ibu. Masakan tidak, sudah sembilan bulan si anak mendengar suara ibu, mendengar degupan jantung ibu, dan berada begitu hampir dengan ibu. Bila dia keluar ke dunia, semuanya terasa begitu asing buatnya. Dan bagi si anak, hanya si ibu yang mampu mententeramkannya.

Bila si anak mula membesar, pelbagai keletah yang mecuit hati ditunjuknya. Aktif bergerak ke sana sini. Dan bila terjatuh, si ibu juga yang dicarinya. Bila sedih, pada si ibu juga tempat dia meluah rasa. Pendek kata, tiada istilah rehat bagi seorang yang bergelar ibu. Setiap masanya, adalah untuk anaknya. Sebab itu, martabat ibu sungguh mulia. Syurga di bawah tapak kakinya. ^_^

Panduan Selepas Bersalin Untuk Ibu Muda

Rahsia Mudah Hamil Terbongkar!

23 Responses

  1. Zizan
    | Reply

    “.. to love is to care, to care we must share…”
    get some and feel awesome at BBC MARDI Station CH39000

  2. Hazmin Hamudin
    | Reply

    Kasih sayang dan pengorbanan ibu memang tidak boleh dipertikaikan lagi. Ibu memang tiada galang gantinnya.
    Hazmin Hamudin recently posted..Pelik Ke Lelaki Membaca Novel?My Profile

  3. Hafizul
    | Reply

    emm ibu besar sungguh pengorbanan ibu..serius selepas ada anak baru tahu mcm mana perasaan seorg ayah..dan apa yang ayah dan ibu lakukan untuk sy dulu bukan sekadar lolongan kosong jer tapi penuh bermakna…terima kasih ibu dan ayah..emm first time tgok cara baby kelar..anak pertama dulu tgok kepla jer..tut2 keluar dah smp kaki..rupany mcm ni anak keluar ekk…
    Hafizul recently posted..Produk Atau Perkhidmatan Yang Di Ingini Daripada Eizil NetworkMy Profile

  4. donnyien
    | Reply

    ibu, engkulah ratu hatiku…
    donnyien recently posted..Happy Birthday Alysha!My Profile

  5. Ummi Hanie
    | Reply

    oleh kerna itulah nabi sendiri sarankan supaya m’utamakan ibu 3 kali lebih dr bapa… bukanlah bapa tu tak penting, tp keutamaan tu pd ibu… ;)

    we r moms. proud to be a mom :)
    Ummi Hanie recently posted..Makan-makan @ Restoran Abi Ahmadi: 4 tema dalam 1My Profile

  6. Naziman
    | Reply

    eh, kenapa komen saya di anggap spambot. try komen lagi sekali ni. hehe.

    Pengorbanan ibu memang besar, biasanya anak ni masa kecil mencari-cari ibu. bila dah peringkat remaja, mula benci la, marah la, hina ibu. Bila dah mula peringkat dewasa, baru la sedar kesilapan. Rindu ibu.

    Saya jumpa satu tweet hari tu, memang betul. Age 5: “I love Mommy.” Age 18: “I HATE HER.” Age 21: “Mom was right” Age 57: “I wish my Mom was still here.” RT if you love your Mom. ❤
    Naziman recently posted..Lagu 60an Pop Yeh Yeh terbaik Koleksi sayaMy Profile

  7. Eizil
    | Reply

    Memang pengorbanan ibu tidak terhingga, semoga kita menghargai dan melayan mereka sebaik-baiknya, kerana jika kita tidak berbuat demikian, siapa lagi yang akan melakukannya?
    Eizil recently posted..Sifat marah dalam kehidupanMy Profile

  8. hafizrahim
    | Reply

    kadang-kadang ada terkasar bahasa dengan ibu..tapi bila teringat akan pengorbanan yang dilakukan..terus pergi minta maaf balik..ibu, i love u forever n ever
    hafizrahim recently posted..Hanis Zalikha – Kalau Ada Jodoh Tak KemanaMy Profile

  9. zie fauzi
    | Reply

    syahdunya baca… itu la apa yg kak lalui sekarang tambah2 masih lg dalam pantang. mmg humaira xnak berenggang langsung bila hari pertama lihat dunia.. asal letak je mesti dia nangis, bila dakap senyap je dia..

    bengkak susu hari ke 3 kena.. mmg sakit sgt2, sampai nak bernafas pun susah..tp apa kak lalui ni sudah semestinya mak akak dan ibu2 lain dah lalui.. mmg kena kuat dr segi mental dan fizikal…
    zie fauzi recently posted..Promo Adam Hawa Episod 33, 34, 35, dan 36My Profile

  10. Mama Murai
    | Reply

    Sebab tu kita kena ucap, bukti dan buat perkara membahagiakan ibu kita. Jangan duk tunggu Hari Ibu jer, Kalau boleh setiap masa bagitau kat mereka betapa kita sayang dan bersyukur kerana dilahirkan sebagai anak mereka. :)
    Mama Murai recently posted..Kuih Tradisional SabahMy Profile

  11. Denaihati
    | Reply

    tak ternilai, tak terbalas pengorbanannya. sementara masih ada kita beri sevice yg terbaik utuknya
    Denaihati recently posted..Bertudung untuk fesyen atau ikut syariatMy Profile

  12. Juan
    | Reply

    oh ibu, teringat pada ibu
    Juan recently posted..Crankyads – Sewa Tapak Iklan di BlogMy Profile

  13. tehr
    | Reply

    sampai mati pun tak dapat balas jasa ibu
    tehr recently posted..Tunggu SekejapMy Profile

  14. titan
    | Reply

    sebab tu aku sayang mak aku. hehe..
    titan recently posted..Terima kasih.My Profile

  15. Anuar
    | Reply

    Memang besar pengorbanan seorang ibu terhadap anak2… Patutlah ada pepatah mengatakan Syurga terletak di bawah tapak kaki ibu..
    Anuar recently posted..Pekej Percuma Kembara Kemboja 4 Hari 3 Malam Dengan EqurbanMy Profile

  16. Jebeng Otai™
    | Reply

    terima kasih ibu.. :)
    Jebeng Otai™ recently posted..Suunto Elementum : Evolusi Jam TanganMy Profile

  17. nurmisnan
    | Reply

    selalunya memang MAK ler kita akan cari. Ngeluh sikit sebut
    MAK..
    nurmisnan recently posted..Makan selepas jam 12 pagi mengundang penyakit jantungMy Profile

  18. akubiomed
    | Reply

    Beruntung menjadi ibu sebenarnya kerana dapat menyambung zuriat.

Leave a Reply

CommentLuv badge