my business

Previous post:

Next post:

Apa Itu Minyak Kelapa Dara / Virgin Coconut Oil (VCO)?

by Puan Bardboo on January 3, 2013

Assalamualaikum.

Makin lama, makin popular pula produk berdasarkan minyak kelapa dara / virgin coconut oil (VCO) ini. Macam-macam jenis jenama dah berada di pasaran, antaranya minyak kelapa dara jenama Bioasli, OasisCatalyst, Tanamera, Treenea, dan banyak lagi. Cari je di pasaran, memang berlambak-lambak ada.

Tapi apa sebenarnya minyak kelapa dara ini? Minyak kelapa dara ini adalah minyak yang dikeluarkan dari buah kelapa matang melalui proses yang tidak merosakkkan struktur asal atau khasiat semulajadi minyak tersebut. Kalau minyak kelapa dara asli pula, bermakna ianya diproses secara semulajadi tanpa haba dan bahan kimia yang lain.

Dalam minyak kelapa dara ini ada berbagai jenis lemak yang dalam kategori Medium Chain Fatty Acids. Jangan keliru ya. Walaupun namanya ada ‘dara‘, itu bukan bermakna hanya anak dara je yang boleh amalkannya. Hehe. Bayi, kanak-kanak, abang-abang, pakcik makcik, semua pun bolehlah nak makan minyak kelapa dara ini.

Secara ringkasnya, minyak kelapa dara ini ada seribu satu kebaikan. Ianya elok untuk kulit, rambut, kesihatan badan secara keseluruhan, menyerupai lemak susu ibu, dan boleh bertindak sebagai antivirus dan antibakteria. Kalau nak disenaraikan satu persatu, rasanya penat nak membaca nanti. Oh dan lagi penat orang yang nak menaip ni. Hehe.

Saya sendiri dah amalkan makan minyak kelapa dara ini. Dan Alhamdulillah, saya dah nampak sendiri kesan positifnya. Boleh baca testimoni VCO ini di link yang saya sertakan. Saya rasa saya akan terus menggunakan produk ini sampai bila-bila. Sebab saya yakin dengan keberkesanannya. Kalau tanya dari segi jenama, apa-apa jenama pun bagus, asalkan iannya betul-betul minyak kelapa dara yang asli.

Artikel berkaitan:

– telah menulis sebanyak 796 entri untuk Blog Bardboo.

Penulis merupakan seorang wanita yang sudah berumahtangga dan mempunyai seorang cahayamata. Buat masa sekarang, penulis dan keluarganya menetap di Toulouse, Perancis. Blog Bardboo ini digunakan sebagai tempat untuk penulis mencatatkan kisah hidupnya di perantauan. Penulisan di blog ini merupakan inisiatif penulis sendiri, dan sebagai perkongsian dengan semua.

{ 9 comments… read them below or add one }

1 hairulafiz January 8, 2013 at 10:50 am

bagus minyak mak dara ni…
hairulafiz recently posted..NBI SKMM : Daftar Rebet RM 200My Profile

Reply

2 syaifuddin alias January 4, 2013 at 12:30 pm

ni kalau makan pun ada khasiat
syaifuddin alias recently posted..Rebat RM200 Untuk Semua SmartphoneMy Profile

Reply

3 Puan Bardboo January 6, 2013 at 5:48 am

haah..memang banyak khasiatnya..
Puan Bardboo recently posted..Apa Itu Minyak Kelapa Dara / Virgin Coconut Oil (VCO)?My Profile

Reply

4 titan January 3, 2013 at 4:29 pm

suka guna minyak kelapa sebagai minyak rambut. bau best!
titan recently posted..Konsep asas bila buat Contest.My Profile

Reply

5 akubiomed January 3, 2013 at 6:57 pm

Rambut pun berkilat.

Reply

6 Puan Bardboo January 6, 2013 at 5:49 am

dari jauh dah boleh bau kelapa..hehe..
Puan Bardboo recently posted..Apa Itu Minyak Kelapa Dara / Virgin Coconut Oil (VCO)?My Profile

Reply

7 hafizmd January 10, 2013 at 9:31 am

Siap jadi trademark lagi…hehehe
hafizmd recently posted..Wordless Wednesday #28 Asal Ada Kecil Pun PadaMy Profile

Reply

8 Anuar January 3, 2013 at 9:12 am

Satu perkongsian Info yang menarik… Lepas ni, boleh saya cuba guna minyak kelapa dara ni…
Anuar recently posted..Dividen ASB VS Pelaburan Emas (1990-2012)My Profile

Reply

9 Puan Bardboo January 6, 2013 at 5:52 am

sila cuba ya..jangan tak cuba..hehe…
Puan Bardboo recently posted..Apa Itu Minyak Kelapa Dara / Virgin Coconut Oil (VCO)?My Profile

Reply

{ 1 trackback }

Leave a Comment

CommentLuv badge