Cara Merancang Persaraan Yang Baik | Susah Dahulu, Senang Kemudian

May 10, 2012

Assalamualaikum.

Entri ini ditulis oleh penulis jempuatan, En. HBB. Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat pada semua yang membacanya, InsyaAllah….

Rancanglah persaraan anda sementara masih muda lagi. Lebih baik lagi jika ianya dilakukan sejak mula masuk alam pekerjaan (22-25 thn). Kenapa HBB berkata begitu? Sejak tahun lepas HBB telah mengikuti ceramah oleh sahabat baik HBB tentang persediaan sebelum persaraan bagi kakitangan FELDA dan MAHB (Malaysian Airport Holding Berhad). Kebanyakan peserta program tersebut adalah mereka yang akan bersara dalam tempoh tidak sampai 3 tahun dari tarikh ceramah.

100% peserta selepas berakhirnya program mengatakan, kenapa sekarang kami baru diberitahu tentang ilmu persediaan sebelum persaraan ini. Kebanyakan mereka menyatakan sepatutnya program ini diberitahu dari awal mereka mula bekerja. Ramai mereka yang mengeluh memikirkan nasib mereka bila bersara nanti. Di sini HBB bukan hendak beritahu dengan lengkap apa yang telah sahabat HBB sampaikan kepada bakal pesara. Intipati utama ialah rancanglah persaraan anda dari segi kewangan. Kerana selagi kita hidup, duit adalah satu keperluan yang penting, Tambah2 bila kita telah bersara di mana tiada lagi gaji. Hanya bergantung kepada duit EPF dan sedikit tabungan itupun jika ada buat perancangan awal. Zaman sekarang dan akan datang kita tidak boleh berharap kepada anak2 lagi. Sendiri kena uruskan diri sendiri dari segi kewangan.

“money can’t buy everythings but with money we can buy many things”

Satu pesan HBB, menabunglah sementara masih muda. HBB merupakan kakitangan kerajaan yang akan bersara dengan pencen(tidak kurang RM4000/bulan) juga merasakan keperluannya menabung ini. Sebenarnya barulah nak fikirkan pasal menabung ini setelah mendengar ceramah sahabat. Hehehehe.

“bersesak sesak dahulu naik bas/komuter, bersenang senang kemudian bawa BMW”

Jika anda mula menabung ketika umur 23 tahun sebanyak RM10000 setahun (RM830/bln=bayaran ansuran kereta+minyak) selama 9 tahun sahaja secara berturut dan dengan dengan kadar dividen 6% setiap tahun sehingga umur 56 tahun (pencen lah tu). Dengan tabungan sebanyak RM90, 000 sahaja duit anda ketika itu adalah sebanyak RM493,154. Jika menabung 7000 setahun selama 13 tahun berturut-turut (RM91,000), dengan kadar faedah yang sama duit anda ketika berumur 56 tahun ialah RM452,370. Lihatlah dengan berkorban selama 9 tahun sahaja berapa yang telah terkumpul. Itu belum ditambah dengan duit EPF anda ketika itu. Selepas 9 tahun itu barulah beli kereta. Kerana semasa muda anda, memiliki kereta bukanlah KEPERLUAN tetapi sebagai KEHENDAK. Selepas 9 tahun mungkin anda telah ada anak kecil, dan ketika ini mungkin ianya menjadi keperluan penting.

Apa yang anda ingin lakukan setelah pencen? Adakah menagih simpati anak2 atau terpaksa bekerja lagi bagi menyara hidup sehingga mati? Atau menikmati hari pencen dengan hati yang tenang? Purata hidup rakyat Malaysia setelah pencen di usia 55 tahun ialah 75 tahun bagi lelaki dan 80 tahun bagi perempuan. Congaklah berapa banyak duit diperlukan untuk tempoh lebih kurang 20 tahun selepas pencen. Jika anda berbelanja sebanyak RM30 sehari untuk makan berdua suami isteri (lepas pencen pun berdua lagi..insyaallah), dengan kadar inflasi 6% setahun (sebenarnya lebih dari ini nilainya). 12 tahun lagi anda perlu membelanjakan sebanyak RM60 untuk makan yang sama. Bermakna anda memerlukan sebanyak RM60/hari = RM1800/bulan = RM21,600/tahun = RM432,000/20tahun. Ini belum lagi termasuk perbelanjaan lain seperti bil letrik/air/telefon, ansuran kereta dan sakit pening. Berapa yang anda perlukan???? Antara perkara yang perlu diperhati dan dirancang ialah, ketika anda pencen tiada hutang rumah dan anak yang masih bersekolah, kecuali 1 atau 2 org yang masih berada di universiti.

“Living a life by CHOICE is far more superior than living a life by FORCE”

Mahu berehat selepas pencen atau terpaksa bekerja adalah pilihan yang perlu kita buat sementara muda. Semoga Berjaya menempuhi hari pencen.

Kata Bardboo: Jika anda rasa artikel ini bermanfaat bagi anda, silalah rajin2 tekan butang FB Like, Tweet, dan Google+. Semoga lebih ramai yang akan beroleh manfaatnya. Sharng is caring!

– telah menulis sebanyak 6 entri untuk Blog Bardboo.

Penulis merupakan seorang pensyarah kanan (DS52) di sebuah universiti di selatan Malaysia dan lebih suka dikenali sebagai HBB. Walaupun berkecimpung dalam bidang sains, tetapi HBB lebih cenderung kepada berjiwa seni. Kini penulis banyak terlibat dengan ceramah2 motivasi di seluruh tanahair.

Leave a Comment

CommentLuv badge

{ 40 comments… read them below or add one }

1 Asmawati October 22, 2012 at 9:11 am

Salam Tuan

Saya bekerja kerajaan sudah 10 thn dan berjauhan dgn family. Saya tiada pendapatan lain dan spt biasa ada loan rmh dan kereta setakat ini. Saya berhasrat hendak bersara awal sebelum umur 40 utk hidup bersama kelaurga namun tiada pendapatan lain.

Jika begini, saya juga tidak akan dapat pencen krn bersara seblum umur 40 thn. Saya tiada kemahiran lain dan amat minat mengajar dan baru sahaja belajar Master secara PJJ di UPM.

Mohon pandangan tuan. terima kasih.

Reply

2 Traffik Dari Facebook May 31, 2012 at 9:54 pm

wah bagus ni… terima kasih ya.

Reply

3 wandisini May 17, 2012 at 11:42 am

tulisan yang menarik. akan dikongsikan
wandisini recently posted..Hasil Dari Seminar SEO Majalah NiagaMy Profile

Reply

4 sweetkurma May 15, 2012 at 11:26 pm

masa muda (masuk 1 – keluar 10) bila bijak buat perancangan, bila menjelang usia gold, masuk 10 – keluar 1….mudah2an…
sweetkurma recently posted..duit dalam lipatanMy Profile

Reply

5 kesoma.rai May 15, 2012 at 11:23 am

uhu..memang nak kena baca beberapa kali baru boleh digest dengan sepenuhnya.. ramai org kita tak fikir tentang persaraan sebenarnya..
kesoma.rai recently posted..Bila membaca bukan semestinya amalan muliaMy Profile

Reply

6 HBB May 15, 2012 at 11:10 pm

harap ianya membuka minda betapa perlunya merancang. good luck

Reply

7 puanbee May 14, 2012 at 8:56 pm

sumber kewangan yang terhad agak susah sebenarnya nak menyimpan , tp tk pe rezeki di mana2 kita usaha je kan ..
puanbee recently posted..HOT ! SHORT BRA TERBAIK DI JUAL ONLINE , TERBAIK DI PASARAN.My Profile

Reply

8 beckhr00y May 14, 2012 at 6:01 pm

bagus kalau merancang awal dan melaksanakannya, jgn hanya tahu merancang sahaja :)
beckhr00y recently posted..Keputusan Manchester United VS Sunderland EPL Mei 2012My Profile

Reply

9 nizamghazi May 13, 2012 at 12:29 pm

Sebuah perlaburan mathematical yang awesome.
Tapi sebenarya untuk melakukan perlaburan/penyimpanan seperti ini
memerlukan tahap kesabaran yang tinggi. Kadang kala gagal sebab masalah2 lain pula timbul dikala URGENT.
nizamghazi recently posted..Education Yang Tertinggal : Going Back To Ipoh AnonymouslyMy Profile

Reply

10 HBB May 15, 2012 at 11:08 pm

good luck..apapun disiplin perlu ada. namun ianya perlu dilakukan, klu x akan terasa kesan yang buruk.

Reply

11 Bro Framestone May 13, 2012 at 11:31 am

Bersara….

Word bersara itu seperti meminta bro berhenti dari berblog.

Sebab berblogging merupakan kerjaya bro sekarang dan tak tahu ada fasa bersara atau tidak :)
Bro Framestone recently posted..Travel Blog : Ingin Melancong Keluar NegaraMy Profile

Reply

12 HBB May 13, 2012 at 10:23 pm

selepas bersara juga ada career… tp berbezalah dgn yg sebelum bersara. tp menjana pendapatan melalui berblogging, maka tiadalah istilah bersara. career selepas bersara adalah career sbg memenuhi masa yg tinggal sblm mati. :-)

Reply

13 mie May 12, 2012 at 1:03 am

belum merancang lagi..
tapi rasa memang kena merancang ni…
maklum la, xde pencen..
eheheeee
mie recently posted..Saphai Pae Hostel Terbaik Di BangkokMy Profile

Reply

14 anif May 11, 2012 at 10:04 pm

Perlu ada rancangan persaraan yang bagus untuk menampung ketika sampai masanya nanti..
anif recently posted..Harga Nokia Lumia 610 DiumumkanMy Profile

Reply

15 muazfaris May 11, 2012 at 9:48 pm

better bersedia awal.. utk masa dpn yg lebih cerah gak.
muazfaris recently posted..Cek Nuffnang buat pertama kaliMy Profile

Reply

16 Denaihati May 11, 2012 at 9:27 pm

memang sangat penting buat perancangan perancangan awal ataupun masa muda, di sekolah /university xpernah/jarang ajar perkara ni.

Reply

17 rahman May 11, 2012 at 7:10 pm

harap harap saya sempat pencen :)
rahman recently posted..Buku dan Diari bagi ibu hamilMy Profile

Reply

18 Bardboo May 11, 2012 at 8:21 pm
19 noorsyamsul May 11, 2012 at 5:02 pm

saya pun nak mula menyimpan. salah satu dalam unit amanah…
noorsyamsul recently posted..LADANG TEH ORGANIK DI SABAHMy Profile

Reply

20 Bardboo May 11, 2012 at 8:22 pm

unit amanah pun bagus juga..
Bardboo recently posted..Cara Merancang Persaraan Yang Baik | Susah Dahulu, Senang KemudianMy Profile

Reply

21 HBB May 11, 2012 at 9:50 pm

unit amanah adalah satu bentuk pelaburan jangka panjang dan juga memp. risiko tinggi. di mana pokok tdk di jamin, kemungkinan anada kehilangan duit pokok. berbanding dgn tabung haji atau asb di mana pokok dijamin walau apapun keadaan ekonomi. Apapun pilihan atas individu. :-)

Reply

22 HBB May 11, 2012 at 11:42 pm

HBB ada pelaburan dlm Public Islamic Equity Fund. Tgk ye harga NAV pd 14/8/09 iaitu 0.2995 dan NAV pd tarikh 10/o5/12 =0.3478. UTk tempoh trsbt hanya naik 13.9%. Klu simpan dlm ASB/tabung haji utk tempoh tersebut faedahnya melebihi 19%.Dgn keadaan ekonomi skrg yg tdk stabil… kemungkinan modal makin kurang adalah tinggi berbanding dgn ASB/tabung haji modal xkan hilang. Pilihan ditangan anda.

Reply

23 kodinz May 11, 2012 at 1:09 pm

dah mula merancang untuk “hari pencen”. Lepas ni boleh la buat apa-apa penambahan yang patut :)
kodinz recently posted..Domain Murah Dari Go DaddyMy Profile

Reply

24 Bardboo May 11, 2012 at 8:22 pm

bagus tu..kena mula merancang awal2..
Bardboo recently posted..Cara Merancang Persaraan Yang Baik | Susah Dahulu, Senang KemudianMy Profile

Reply

25 akubiomed May 11, 2012 at 11:13 am

Alhamdulillah saya sudah mula merancang kehidupan ketika bersara maklumlah pada ketika bermacam kemungkinan berlaku terutama masalah kesihatan. Saya ada menyertai skim pencen EPF, membuat pengeluaran untuk melabur kedalam unit-unit amanah di samping menabung tabung pelajaran anak-anak.

Kalau gagal merancang sekarang kita merancang untuk gagal.
akubiomed recently posted..Pengalaman menulis blogMy Profile

Reply

26 Bardboo May 11, 2012 at 8:23 pm

memang penting untuk buat perancanga dari awal ni..supaya senang di kemudian hari…
Bardboo recently posted..Cara Merancang Persaraan Yang Baik | Susah Dahulu, Senang KemudianMy Profile

Reply

27 HBB May 11, 2012 at 10:49 am

Rancang juga hari persaraan kita dari segi physicak/kesihatan. Jangan duit banyak ketika bersara tetapi tdak dapat menikmatinya kerana masalah kesihatan. Insyaallah nanti HBB tulis tentang ini. Sebenarnya utk bersara kita kena rancang juga dari segi spiritual, physical, intelectual, career, emotional, social 8 financial (SPICES-F).. barulah persaraan kita itu sempurna. :-)

Reply

28 hamidah May 11, 2012 at 5:12 pm

apa kata en hbb buat artikel pasal perancangan kewangan bagi golongan para isteri/ibu/wanita yang tidak bekerja?thanks

Reply

29 Izzuddin Fauzi May 11, 2012 at 9:51 am

Jarang tahu pasal kewangan nie… :D Muda lagi la katakan…
Izzuddin Fauzi recently posted..Perisian Quran Percuma Mesti AdaMy Profile

Reply

30 HBB May 11, 2012 at 11:40 am

muda lagilah kena buat perancangan dr sekarang. gagal ketika muda masih blh diusahakan utk bangun, gagal ketika tua..jawabnya menangis tak berlagu. nak buat buat pinjaman pun bank xbagi… pinjam dgn Ah long lglah parah. :-)

Reply

31 puanbee May 11, 2012 at 2:35 am

Menarik sangat , saya dah sebarkan ..
puanbee recently posted..Pendapatan Pertama Dengan AdsverletsMy Profile

Reply

32 Juan May 11, 2012 at 12:02 am

saya tolong buatkan apps utk anda, benda ni simple jer, download link yang saya beri dan install apps tu kedalam android phone atau tablet
http://www.appsgeyser.com/bardboo%20blog.apk
Juan recently posted..Komisen Pertama Dari TipsPTD.comMy Profile

Reply

33 puanbee May 11, 2012 at 2:35 am

wah ada applikasi tuk bardboo ke ? bestnya
puanbee recently posted..Pendapatan Pertama Dengan AdsverletsMy Profile

Reply

34 Juan May 11, 2012 at 7:46 am

jap lagi puanbee dapat yer

Reply

35 Jebeng Otai™ May 10, 2012 at 11:49 pm

ada btul juga..sbanrnya kita leh buat guna kaedah len cam pinjaman pelaburan asb..

kita byar pukal 1 tahun dan thun berikutnya kita guna dividen utk byr duit pinjaman tu semula.. :)

lepas 25 thun kite dah ade 130k..modal sekali jer..hehe
Jebeng Otai™ recently posted..Fenomena Nasi Ayam Hainan RasaparisoMy Profile

Reply

36 HBB May 11, 2012 at 10:45 am

betul tu jebeng… itu antara salah satu kaedah sebagai tambahan. kita bayar thn pertama… selepas itu dividen dari ASB yg tolong bayarkan selebihnya. cuma pinjaman ASB itu kita akan hanya dpt rm130 ribu jika buat jumlah tersebut. sedangkan jumlah tersebut tdk mencukupi utk menampung kewangan selepas bersara. sebagai tambahan ok.

Reply

37 Jebeng Otai™ May 11, 2012 at 2:07 pm

kite leh paksa wif kite join juga..hehe

ermm..ade satu kaedah yg sy bru tahu juga..memendekkan tempoh dan mengurangkan faedah bayaran pinjaman rumah ..so leh abis hutang cepat sblum pencen salah satu utang yg besar pon dh setel.. :)
Jebeng Otai™ recently posted..Inspirasi WayangMy Profile

Reply

38 HBB May 11, 2012 at 11:25 pm

kongsi2kanlah wahai mr jebeng. :-)

Reply

39 Jebeng Otai™ May 12, 2012 at 12:51 am

sy ade menulis entri berkaitan di blog saya.. :)

disini http://jebengotai.com/category/uncategorized/
Jebeng Otai™ recently posted..Lelaki Kacak Labur ASBMy Profile

Reply

40 Jebeng Otai™ May 12, 2012 at 12:52 am

kalo sy ade silap sila perbeulkan sy ya.. :)
Jebeng Otai™ recently posted..Lelaki Kacak Labur ASBMy Profile

Reply

{ 2 trackbacks }

Previous post:

Next post: