Assalamualaikum.
Sambil memangku Irdhina Aneesa yang tengah tidur dan bersedia untuk update blog, tiba-tiba datang idea ini untuk buat segmen “Aku Seorang Surirumah”. Dalam segmen ini, saya nak kupaskan (macam kupas bawang) segala aspek tentang surirumah ini. Sebabnya, baru-baru ini saya ditanya oleh seorang kawan mengenai isu surirumah ni. Soalannya begini, dan dia mahu jawapan yang jujur dari saya.

“Tak stress ke duduk rumah jaga anak je?” Masa baca soalan ini, apa yang terlintas dalam hati saya ialah “Gila kau tak stress!” Haha. Lepas tu saya pun jawab lah betul2, lebih kurang macam bawah ini:
Stress tu memanglah stress, tapi bukanlah hari2. Nanti dalam masa beberapa minggu, adalah satu hari yang aku rasa stress, moody, nak menangis je. Itu kiranya limit dah sampailah tu. Masa tu aku akan cakap kat Karim, suruh dia jaga anak atau bawa keluar. Aku pula duk rumah dan berendam dalam bath tub, pasang lilin, lepastu pakai baju lawa2 dan wangi2kan diri, then aku ok la balik.
Selalunya saya akan rasa stress ini bila Ammar tiba-tiba je asyik nak meragam tapi saya tak tahu dia nak apa. Dan juga bila tengok rumah bersepah macam tongkang pecah. Dua benda ini memang boleh membuatkan ‘temperature’ naik dengan serta-merta dan pertolongan Cik Abang sangat-sangat diperlukan untuk meredakannya balik.
Jadi, jangan fikir kami yang duduk rumah ni senang aja kerjanya. Kami pun stress juga tau. Kami pun ada masalah kami sendiri. Oh siapa lagi yang surirumah tu, jom bagi idea untuk segmen “Aku Seorang Surirumah” yang seterusnya. =)









{ 40 comments… read them below or add one }
Saya pernah mengalaminya, memang stress sampai STROK.
Apa pun salam kenal dari saya.
akak dah join tau…
kakpb recently posted..Segmen Aku Seorang Surirumah – Blog Bardboo
ok kak..terima kasi..saya dah masukkan link akak ye..
Puan Bardboo recently posted..Jom Join Segmen Aku Seorang Surirumah
Memang stress, apa lagi bila dalam masa yang sama terlibat dengan perniagaan. Saya rasa masa yang dihabiskan untuk bekerja lebih banyak berbanding ibu-ibu yang bekerja. Bayangkan dalam masa 24 jam tu, kita kena mengasuh anak, memasak, berjumpa pelanggan dan menguruskan hal rumah. Sebab itu saya lebih suka memanggil surirumah sebagai Ibu Profesional. Sebabnya bukan mudah untuk menjadi seorang surirumah.
Mama Murai recently posted..Wordless Wednesday #31 | This is the reason, why i love Sabah
ibu profesional..sedap gak panggilan tu.. =)
Puan Bardboo recently posted..Jom Join Segmen Aku Seorang Surirumah
sedap kan… he he he.. surirumah pun kerjaya gak tau! Sebab tu dalam column pekerjaan isteri, suami bubuh surirumah. Bukan duduk rumah

Mama Murai recently posted..Cara membuat Pasport Malaysia Antarabangsa
Memang surirumah layak dihargai..terutama yg anak ramai.
Besar pahala yg Allah berikan..itulah untungnya perempuan mudah masuk syurga yang penting ikhlas.
betul tu ustazah..kena ikhlaskan diri betul2…
Puan Bardboo recently posted..Jom Join Segmen Aku Seorang Surirumah
Salam bardboo,
Sya pun surirumah juga. tapi takde anak lagi (jadi xde la stress macam kalian semua). suami pun tak izin kerja, so sya jadi PA dia ikut dia kalau ada urusan kerja di luar. Bila relaks sgt macam ni pun jadi bohsan juga… Apa2 pun sya syukur atas rahmat dr yg ESA.
Mekar recently posted..Tips Suami Pandang Isteri Sentiasa Cantik
Salam. InsyaAllah, akan ada rezeki nanti tu. Buat masa ni, enjoy saat berdua.

Puan Bardboo recently posted..Jom Join Segmen Aku Seorang Surirumah
haa betul betul..
mak DT, kalau nampak rumah sepah, gegaqqq satu rumah.. ahahhaha
Datin Tyka recently posted..Trademark Datin Tyka
Hihi. Itu dah rutin wajib seorang mak
Puan Bardboo recently posted..Jom Join Segmen Aku Seorang Surirumah
Suri rumah ni memang ada stres nya.. terutama masa berdepan dengan karenah anak2..

tapi kalau dapat suami yang jenis memahami dan ringan tulang, stres tu agak kuranglah sikit, kan?
Kulanzsalleh recently posted..Surat Daripada Google
Betul. Alhamdulillah suami saya rajin membantu.
Puan Bardboo recently posted..Jom Join Segmen Aku Seorang Surirumah
Kalau stress dan penat.. jom cari hiburan..

Belajar Cinta recently posted..Mengungkap Rahasia Kaya Pasca Nikah
Boleh gak tu. huhu
Puan Bardboo recently posted..Jom Join Segmen Aku Seorang Surirumah
maunya tak stress..lagi stress kalau tgh membuang [dlm toilet la tu] tiba2 anak duk menangis…terbantut hajat nk melabur…hihihi…tp stress dgn anak ni boleh hilang bila tetiba dia buat muka kelakar..Ambik hati la tu…
zie fauzi recently posted..Angkat dan Tarik
Haha. Terbantut jadinya kan kak? Takde feel betul la haha
Puan Bardboo recently posted..Jom Join Segmen Aku Seorang Surirumah
aah..gua memang stress sungguhh..
titan recently posted..Pernah Tak? – Part 1
Gi makan cendol. Mesti hilang stress tu
Puan Bardboo recently posted..Jom Join Segmen Aku Seorang Surirumah
Bard ajak la geng2 surirumah buat entri .. haha tak kan segmen buat sesorang kot .. ngee akk balas segmen ni nanti yek ..
puanbee recently posted..Mivva Beauty Box – Review Beauty Box Mac 2013
Hihi. Betul gak tu kan kak. Jom sambung segmen ni.
Puan Bardboo recently posted..Tak Stress Ke Jadi Surirumah? | Segmen Aku Seorang Surirumah
akk nagis semalam depan anak2 , gara2 stress la tu , akk dah la demam 3 hari , apa pun tk larat nak buat , baju longgok2 banyak , dlm mesin , baldi semua penuh , pinggan mangkuk penuh singki ,
anak2 boleh saja2 main sepah2 semua benda , akk punya takde suara nak cakap pun akk cakap gak smbil nagis2 teruk tak ? ngee
tapi bukan selalu … harap2 tuhan redho .. ngeee
puanbee recently posted..Mivva Beauty Box – Review Beauty Box Mac 2013
Nangis tu boleh hilangkan stress kak. Lagipun kita perempuan ni memang banyak stok air mata. Hihi
Puan Bardboo recently posted..Jom Join Segmen Aku Seorang Surirumah
perempuan meamng ada cara2 dia tersendiri nak kasi release

Amir recently posted..Gambar Close Up Wawa Zainal Yang Cantik
Kalau simpan lama2 nanti boleh jadi gila. Hehe
Puan Bardboo recently posted..Jom Join Segmen Aku Seorang Surirumah
bard, akk dah 5 org… gila tak stress. hahaha….
tp setuju. walaupun akk xde bathtub di rumah (hohoho) tp alhmdllh dgn pertolongan suami samada secara sokongan moral/fizikal akk akn cepat reda balik… cuma hangin tu adakalanya lama sikit, adakalanya kejap jer… :p
akk cube bayangkan kalau anak2 ni semua tak de depan mata, lg stress dan sunyi kot
Ummi Hanie recently posted..Update pertukaran nombor telefon di mesin ATM
Kalau diorang dah besar nanti, kita la plak yg rasa sunyi. Huhu. Tapi senang sikit kot nak berjalan. Spend masa dengan suami.
Puan Bardboo recently posted..Jom Join Segmen Aku Seorang Surirumah
mmg stress kalau nak2 bab anak meragam tu.. tapi itulah dia bakti yg mak curahkan.. pun teringin nak kerja dari rumah je.. kalau lah boleh..
kalau hujung minggu stress + seronok, dapat sama2 dgn anak, dan suami.. bila anak meragam dan gaduh, itu yg stress tu, tapi nasib baik de cik abang kan.. mmg byk membantu
fiezaradzi recently posted..Tips Sihatkan Badan, Makan Oat
Setakatni anak bard kecik lg. belum pandai gaduh2 lagi. Iskhh takut gak nk membayangkn tu. confirm hari2 bard membebel. Hihi
Puan Bardboo recently posted..Jom Join Segmen Aku Seorang Surirumah
Mmg stress, tapi itulah pengorbanan terbesar seorang ibu dan bapa (kalau depa tlg tgkkan jugaklah)
Oklah tu Bard ada cara utk hilangkan stress. Yg penting, stress kena dikawal elok2 =)
hafizmd recently posted..Oh! Persepsi
Memang kena kawal. Kalau tak, macam2 benda buruk boleh jadi.
Puan Bardboo recently posted..Jom Join Segmen Aku Seorang Surirumah
Terhenti pada ayat ini “Gila kau tak stress”
Oneblogsocial recently posted..Get Malaysian Business Online
cara percakapan kita berbeza.. =)
Puan Bardboo recently posted..Tak Stress Ke Jadi Surirumah? | Segmen Aku Seorang Surirumah
Bakal isteri saya ialah bakal seorang doktor. Kejam tak kalau nanti dalam 10 tahun lagi saya suruh dia jadi suri rumah sepenuh masa dan tinggalkan kerjaya doktornya?haha.. tangan yang menghayun buaian mampu menggoncang dunia!
Selamat berkenalan kak. jemput datang ke blog baru saya.
kenalah tanya dia dulu dia setuju atau tak..memanglah suami berhak ke atas isteri, tapi komunikasi tu penting..chewaahhh, hehe..ayat kena skema sikit.. =)
Puan Bardboo recently posted..Tak Stress Ke Jadi Surirumah? | Segmen Aku Seorang Surirumah
hahahah… menarik tajuk posting kali nih…
betul tu dimana pun kita kerja… tak kerja … masalah mesti ada… apa yang penting?… kerja sama… ulang beberapa kali mcm wonderpat…. selamat beramal…
staibaqhang recently posted..motivasi Bumiputera
kerja ke atau tak kerja, stress tetap ada..hehe..
Puan Bardboo recently posted..Tak Stress Ke Jadi Surirumah? | Segmen Aku Seorang Surirumah
Tak apa baru 2 orang. Kalau saya anak-anak lelaki memang riuh.

akubiomed recently posted..Lesung kayu semakin dilupakan
Wah tiga orang anak lelaki memang lagi meriahla nampaknya hihi
Puan Bardboo recently posted..Tak Stress Ke Jadi Surirumah? | Segmen Aku Seorang Surirumah
{ 3 trackbacks }