Assalamualaikum
Ini merupakan entri pertama buat Blog Bardboo yang kini sudah menggunakan WordPress.org, bukan lagi Blogspot. Semuanya gara-gara blog ini telah disekat oleh Google hari Jumaat (21 Oktober 2011) lepas. Tapi nasib baiklah beberapa jam lepas tu, OK balik.
Walaupun hanya beberapa jam je blog disekat, tapi saya tetap rasa cuak. Takut sangat kalau semua entri2 dalam blog ini akan hilang, sebab blog ini dah macam diari kehidupan saya.
Disebabkan takut perkara ini berulang lagi, saya terus contact Netkl untuk beli hosting. Lepas bayar, diorang pun terus transfer blog ini ke wordpress. Servis memang cepat, tiptop! Hari Sabtu semuanya dah setel. Tapi saya tak sempat nak belek2 bog disebabkan banyak urusan.
So hari Ahad barulah dapat godek2 blog baru ini. Mula-mula pening jugak kepala nak setting blog ini. Ini pun masih banyak yang belum siap. Tak apalah, perlahan-lahan jalan.
Best jugak rasanya bila dah dapat menggunakan hosting sendiri. Sebelum ini memang dah banyak baca tentang kelebihan WordPress, cuma belum berani untuk mengorak langkah setapak ke hadapan di dalam dunia blogging. Alhamdulillah, akhirnya pada 24 Oktober 2011, blog ini sudah berwajah baru.
Korang bila lagi? Jom cuba Netkl, mesti puas hati.
Kata Bardboo: Yang tak bestnya, follower yang dah berjumlah 8++ orang tu hilang macam tu je. Rasanya Google Rank yang dah level 3 pun akan turun ke kosong balik.
Google+Related posts:













{ 33 comments… read them below or add one }
← Previous Comments
Salam sis, Tahniah atas pertukaran, sejujurnya memang bloggger wordpress lebih byk kelebihan dari blogger blogspot, even blogspot guna domain dot com. Tahniah, PR tinggi rendah bukan penentu mutlak kekuatan sesebuah blog, sebaliknya entry yang unik bermakna lebih cantik di mata uncle google.. selepas itu PR lebih tinggi pasti diraih
LoveHijau recently posted..Paya Bakau Kg Setiawan
Tahniah sbb dah berpindah.. theme pun lawa ni.. Follower dan google rank tu blh meningkat dari masa ke semasa..
Azuan recently posted..YanmieOnline – Boleh Bah Kalau Kau
saya masih lagi mencari theme yang sesuai..kena usaha banyak sikitla untuk naikkan semula rank tu..
Bardboo recently posted..Giveaway Dari Yanmieonline
Wordpress byk pilihan theme yg lawa2.. try lah cari.. slow2 rank tu naik nnti..
Azuan recently posted..YanmieOnline – Boleh Bah Kalau Kau
line tenet tk ok plak..tk dpt tgk follower…huhuhu…
syamila recently posted..Giveaway at Yanmieonline.com
kadang2 widget tu memang hilang..tak tahula kenapa..
Bardboo recently posted..Giveaway Dari Yanmieonline
salam..selamat berpindah ke rumah baru yea…utk export follower blh rujuk di sini yea… http://syamilamohd.com/2010/11/cara-export-follower-dari-blogspot-to-wordpress/
syamila recently posted..Giveaway at Yanmieonline.com
← Previous Comments
{ 1 trackback }